Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara Mitsubishi Red Peak Challenge kini di Sibu

-

SIBU: Sibu menjadi lokasi ketiga jerayawara Mitsubishi Red Peak Challenge di Sarawak selepas Kuching dan Sarikei, yang diadakan di Dataran Bandar Sibu Fasa II, bermula 9 hingga 11 Januari ini.

Mitsubishi Red Peak Challenge pasti memberikan pengalaman tersendiri kepada para pengunjung untuk uji pandu Triton, Pajero Sport SUV dan ASX Compact SUV oleh pasukan pemandu profesiona­l.

Jentera Mitsubishi Red Peak Challenge membabitka­n aksi seperti merentasi laluan securam 45 darjah, mendaki ‘sky ramp’ setinggi 25 kaki dan sebagainya.

Mitsubishi Red Peak Challenge akan diteruskan di tempat letak kereta Pasar Lama Mukah bermula 15 hingga 17 Januari, Lapangan Terbang Lama Bintulu (23 hingga 25 Januari) dan tempat letak kereta Boulevard Shopping Complex Miri (30 Januari hingga 1 Febuari).

Kupon KFC bernilai RM20 menanti 100 pengunjung pertama yang mengambil bahagian dalam Mitsubishi Red Peak Challenge atau uji pandu mana-mana model kenderaan Mitsubishi.

Selain itu, kanak-kanak juga boleh menyertai pertanding­an ‘sand art’ dan berpeluang memenangi hadiah utama seunit basikal bernilai RM500 serta hadiah sampingan lain.

Pelbagai acara hiburan sampingan dan hadiah menarik menanti para pengunjung yang menyertai Mitsubishi Red Peak Challenge di Dataran Bandar Sibu Fasa II, bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

sbw-ub090115-fn-mitsubishi-p1

LASAK: Sebahagian daripada aksi uji pandu rintangan oleh pasukan pemandu profesiona­l pada Mitsubishi Red Peak Challenge di Dataran Bandar Sibu Fasa II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia