Utusan Borneo (Sarawak)

Rizab antarabang­sa Bank Negara RM405.5 bilion pada 31 Dis 2014

-

KUALA LUMPUR: Rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM405.5 bilion (bersamaan AS$116.0 bilion) pada 31 Dis 2014 berbanding RM441.9 bilion (AS$134.9 bilion) pada akhir tahun 2013.

Paras rizab pada 31 Dis 2014 mengambil kira pelarasan suku tahunan nilai rizab disebabkan perubahan pertukaran asing, menurut kenyataan BNM di sini.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, katanya.

Komponen utama rizab antarabang­sa adalah pertukaran asing (AS$106.7 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabang­sa (IMF) (AS$0.9 bilion), Peruntukan Hak Pengeluara­n Khas (AS$1.9 bilion), emas (AS$1.4 bilion) dan aset-aset lain (AS$5.1 bilion).

Pada tahun 2014, rizab antarabang­sa disokong oleh lebihan akaun semasa yang lebih tinggi dan aliran masuk pelaburan langsung asing.

Penilaian semula pertuka- ran asing secara kumulatif yang belum direalisas­ikan juga menambah nilai rizab antarabang­sa, kata bank pusat.

Aliran keluar yang mengimbang­i penambahan nilai rizab adalah terutamany­a dalam bentuk kebalikan pelaburan portfolio bukan pemastauti­n, pelaburan langsung luar negara oleh syarikat-syarikat Malaysia, pemeroleha­n aset portfolio asing oleh pelaburpel­abur institusi pemastauti­n dan pembayaran bersih peminjaman luar pesisir oleh sektor awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia