Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan kanopi Haw Electrical sempena ulang tahun ke-27

-

KUCHING: Haw Electrical Trading Sdn Bhd cawangan Hakka Avenue Estate, Batu 5 mengadakan jualan kanopi bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-27 bermula semalam sehingga 12 Januari ini.

Pelbagai jenama barangan kegunaan rumah dan aplikasi elektrik serta elektronik boleh didapati di premis cawanganny­a itu.

Antara jenama yang ditawarkan oleh Haw Electrical ialah Sony, SHARP, Electrolux, FABER, Midea, Panasonic, Toshiba, Milux, Alpha dan Joven bagi barangan seperti TV LED Smart, set teater rumah, peti sejuk beku, pendingin hawa, peti sejuk, vakum, ketuhar mikro dan banyak lagi.

Menurut Pengarah Urusan Haw Electrical Trading Sdn Bhd, Desmond Tan Ting Haw berkata, pihaknya menyediaka­n kemudahan pembayaran sifar faedah selain perkhidmat­an bayaran Mastercard dan Visa.

“Dengan setiap belian bernilai RM1 000 ke atas dalam satu resit, pelanggan layak untuk membeli barangan PWP seperti pengisar, periuk nasi dan banyak lagi barangan terpilih pada harga RM27 sahaja,” katanya kepada pemberita semalam

Waktu beroperasi Haw Trading Sdn Bhd bermula pada jam 9 pagi sehingga 8.30 malam dan sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian 082-578112.

Bagaimanap­un menurut Desmond jualan tersebut hanya dijalankan di premis Hakka Avenue, Batu 5 di sini.

Haw turut beroperasi di Palm Road ( 082- 232996), Tabuan Jaya (082-337112) dan Tabuan Ja a (082 576996)

 ??  ?? TAWARAN HEBAT: Premis Haw Electrical Trading Sdn Bhd cawangan Hakka Avenue, Batu 5 di Kuching mengadakan jualan kanopi.
TAWARAN HEBAT: Premis Haw Electrical Trading Sdn Bhd cawangan Hakka Avenue, Batu 5 di Kuching mengadakan jualan kanopi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia