Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank: RM300 juta bantu pelanggan terjejas banjir

Tambahan kepada penangguha­n bayaran balik pinjaman

-

KUCHING: Maybank mengumumka­n peruntukan sebanyak RM300 juta sebagai kemudahan pembiayaan kecemasan khas bagi membantu pelanggann­ya yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, kemudahan pembiayaan itu ditawarkan kepada pelanggan Maybank dan Maybank Islamic yang ketika ini masih memiliki pembiayaan seperti pinjaman perumahan, pembiayaan unit amanah atau pembiayaan perniagaan termasuk perniagaan kecil dan sederhana (PKS), mengikut keperluan setiap pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, pakej pembiayaan kecemasan itu adalah sebahagian daripada inisiatif pihaknya untuk meringanka­n beban pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir.

“Kemudahan ini merupakan tambahan kepada moratorium penangguha­n bayaran balik pinjaman yang diumumkan bulan lalu bagi membantu mengurangk­an beban kewangan pelanggan.

“Kami sedar ramai di kalangan pelanggan kami yang menjadi mangsa banjir memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk memulakan hidup baharu atau memulakan kembali perniagaan masingmasi­ng sebaik sahaja banjir mulai surut,” katanya.

Tambah beliau, keperluan itu juga meliputi bantuan wang tunai untuk membaiki rumah dan membeli kelengkapa­n yang diperlukan termasuk perabot baharu.

Selain itu, mangsa juga mungkin memerlukan modal kerja bagi memastikan kelangsung­an perniagaan dapat diteruskan segera bagi menjana pendapatan mereka, ujarnya.

“Kami mahu membantu mereka menempuh masa sukar ini dan kami percaya kemudahan ini merupakan kaedah paling berkesan untuk menyumbang kepada pelanggan secara positif, selari dengan misi kami untuk menginsank­an perkhidmat­an kewangan.

“Pada masa sama, kami juga yakin apa sahaja bentuk bantuan yang boleh kami berikan kepada para pelanggan sudah pasti akan mempercepa­tkan proses pemulihan ekonomi di kawasan yang terjejas akibat bencana itu,” tambahnya.

Menerusi kemudahan pembiayaan kecemasan tersebut, pelanggan gadai janji pinjaman perumahan dan unit amanah yang kini sedang membayar pinjaman masing- masing layak memohon semula semua jumlah pinjaman yang sudah dijelaskan.

Had pembiayaan bergantung kepada jumlah pinjaman yang telah dijelaskan daripada jumlah asal yang ditawarkan oleh pihak Maybank atau RM50,000, yang mana lebih rendah.

Pelanggan bagi perniagaan dari sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Runcit (RSME) sedia ada yang terjejas akibat banjir juga boleh memohon kemudahan modal kerja tambahan bagi meneruskan kelangsung­an perniagaan.

Diskaun kadar faedah akan diberikan kepada pelanggan RSME yang layak memohon kemudahan itu.

Farid memberitah­u, antara usaha lain bagi mengurangk­an beban kewangan pelanggan, permohonan pinjaman di bawah skim pembiayaan kecemasan khas akan dipercepat­kan untuk membantu pemohon yang layak bagi mendapat manfaat daripada program itu pada kadar segera.

Pelanggan boleh memohon dengan mengunjung­i manamana cawangan Maybank yang berdekatan dengan tempat masing-masing.

Maybank, pada 23 Disember tahun lalu telah mengumumka­n moratorium atau penangguha­n selama enam bulan bagi bayaran bulanan pinjaman dan pengecuali­an bagi caj tertentu kepada pelanggann­ya yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri di Malaysia.

Kemudahan tersebut diberikan mengikut kes setiap pelanggan.

 ??  ?? JANGAN LEPASKAN PELUANG: Kakitangan Pizza Hut Cawangan Sarawak Plaza menunjukka­n persembaha­n Awesome! Tasty Deals-Promosi Gegar Rasa Gempak Harga yang kini boleh didapati di mana-mana Restoran Pizza Hut terdekat sehingga 27 Disember ini.
JANGAN LEPASKAN PELUANG: Kakitangan Pizza Hut Cawangan Sarawak Plaza menunjukka­n persembaha­n Awesome! Tasty Deals-Promosi Gegar Rasa Gempak Harga yang kini boleh didapati di mana-mana Restoran Pizza Hut terdekat sehingga 27 Disember ini.
 ??  ?? JOM SERTAI: Pengurus Jualan Jimisar Autotrade Sdn Bhd, Sim Hock Sing dan wakil jualan Mitsubishi merakamkan kenangan di Mitsubishi Red Peak Challenge.
JOM SERTAI: Pengurus Jualan Jimisar Autotrade Sdn Bhd, Sim Hock Sing dan wakil jualan Mitsubishi merakamkan kenangan di Mitsubishi Red Peak Challenge.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia