Utusan Borneo (Sarawak)

Bina Darulaman BHD fokus rumah mampu milik

-

KUALA KETIL: Bina Darulaman Bhd melalui anak syarikatny­a, Darulaman Realty Sdn Bhd melancarka­n fasa keempat projek perumahan mampu milik Desa Bidara di sini, dengan nilai jualan RM33.3 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Bhd (BDB) Datuk Izham Yusoff berkata projek merangkumi 406 unit iaitu 84 buah rumah kos rendah berharga RM45,000 dan 322 unit rumah kos sederhana berharga RM85,000.

“Projek kos rendah kita memang ada lagi banyak, kita sedang rancang untuk bina kos rendah dan sederhana lebih kurang 3,000 unit lagi dan ia makan masa beberapa tahun,” katanya selepas majlis penyerahan kunci kepada 406 pemilik di sini.

Projek pembanguna­n syarikat berkaitan kerajaan itu yang dibina di atas kawasan seluas 23.68 hektar dilihat mampu membawa perubahan besar kepada bandar Kuala Ketil yang kini menjadi bandar kedua terpenting di Baling.

Ia juga berkeduduk­an strategik dalam kawasan segi tiga Sungai Petani, Kulim dan Baling yang mempunyai kadar pertumbuha­n penduduk yang tinggi di Kedah.

Izham berkata 60 peratus daripada rumah yang dibina syarikatny­a adalah dalam kategori rumah mampu milik dan setakat ini tiada masalah dari segi jualan.

“Tak ada masalah untuk jual sebab harga bertepatan dengan tempatnya, harga RM 100,000 hingga RM150,000 tak ada masalah untuk dijual di Kedah.

“Kita juga sedang berbin- cang dengan agensi-agensi kerajan lain untuk menyediaka­n projek, sebagai contoh di tanah BDB sendiri di Langkawi ada 700 unit,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIAP DIBINA: Sebanyak 322 unit rumah kos sederhana yang diberi nama ‘Alamanda ll’ berharga RM 85,000 telah siap dibina pada majlis penyerahan kunci 406 unit rumah kos rendah dan mampu milik Desa Bidara Darulaman Utama di Kuala Ketil di Baling, kelmarin.
— Gambar Bernama SIAP DIBINA: Sebanyak 322 unit rumah kos sederhana yang diberi nama ‘Alamanda ll’ berharga RM 85,000 telah siap dibina pada majlis penyerahan kunci 406 unit rumah kos rendah dan mampu milik Desa Bidara Darulaman Utama di Kuala Ketil di Baling, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? BAHARU: Sebanyak 84 unit rumah kos rendah yang diberi nama ‘Jasmine’ berharga RM 45,000 telah siap dibina pada majlis penyerahan kunci 406 unit rumah kos rendah dan mampu milik Desa Bidara Darulaman Utama di Kuala Ketil di Baling, kelmarin.
— Gambar Bernama BAHARU: Sebanyak 84 unit rumah kos rendah yang diberi nama ‘Jasmine’ berharga RM 45,000 telah siap dibina pada majlis penyerahan kunci 406 unit rumah kos rendah dan mampu milik Desa Bidara Darulaman Utama di Kuala Ketil di Baling, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia