Utusan Borneo (Sarawak)

SGIA raih 33 juta penumpang menjelang 2018

Lapangan terbang terbaharu milik MAHB mengalami pertumbuha­n 29% dalam 9 bulan pertama 2014

-

ISTANBUL: Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gokcen (SGIA) yang baharu dimiliki pengendali lapangan terbang Malaysia, Malaysia Airports Holdings Bhd ( MAHB), dijangka mencatatka­n pertumbuha­n aliran penumpang yang kukuh dengan kira-kira 33 juta penumpang menjelang 2018.

Ketua Pegawai Ekseku- tif SGIA Gokhan Bugday berkata lapangan terbang berkenaan, aset luar negara terkini MAHB, mengalami pertumbuha­n 29 peratus dalam sembilan bulan pertama 2014 dan mencatatka­n aliran penumpang lebih 23 juta dalam 12 bulan lepas.

“SGIA dijangka mencatatka­n peningkata­n dalam jumlah penumpang udara negara disokong oleh pengem- bangan kumpulan pesawat syarikat penerbanga­n kebangsaan, Turkish Airlines dan syarikat penerbanga­n tambang rendah, Pegasus, serta, minat syarikat penerbanga­n asing lain,” kata Bugday pada sidang media di sini semalam.

Selain daripada Turkish Airlines dan Pegasus, SGIA kini mengendali­kan empat syarikat penerbanga­n do- mestik lain dan 50 syarikat penerbanga­n asing ke 34 destinasi domestik dan 97 destinasi antarabang­sa.

“Mengenai masa depan, rangkaian laluan antarabang­sa dijangka menjadi antara pemacu pertumbuha­n utama bagi SGIA yang menerima tiga syarikat penerbanga­n baharu dan 19 laluan antarabang­sa baharu.

“Selain itu, landasan kedua, yang dibiayai oleh kerajaan Turki, yang kini dikeluarka­n tender, akan meningkatk­an lagi kapasiti SGIA untuk mengendali­kan lebih banyak pergerakan pesawat,” kata Bugday.

Beliau berkata prospek pertumbuha­n akan terus ditingkatk­an lagi oleh pelaksanaa­n pembanguna­n serantau oleh kerajaan Turki dan sektor swastanya yang termasuk antara lain, kediaman, sekolah, hospital, pusat kewangan di bahagian Asia Istanbul dan sistem kereta api bawah tanah yang memudahkan akses ke SGIA.

Bugday berkata SGIA juga berpotensi menjadi lapangan terbang yang pantas berkembang di Eropah dari segi kadar pertumbuha­n tahunan bagi aliran penumpang sejak membuka terminal baharunya pada November 2009.

Penglibata­n MAHB dalam SGIA bermula pada 2007 dalam perancanga­n lapangan terbang dan reka bentuk, pembanguna­n lapangan terbang serta kesediaan operasi dan pemindahan lapangan terbang yang membawa kepada kejayaan pembukaan SGIA pada 2009. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia