Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan sektor pembuatan Nov 2014 naik 2.5% kepada RM54.3 bilion

-

KUALA LUMPUR: Nilai jualan sektor pembuatan pada November 2014 meningkat sebanyak 2.5 peratus (RM1.3 bilion) kepada RM54.3 bilion berbanding RM53.0 bilion, tahun lalu.

Bagi asas perbanding­an bulanan, nilai jualan menurun sebanyak 1.5 peratus cent (RM0.8 bilion) berbanding bulan sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam perangkaan pembuatan bulanan, di sini, semalam, bagi asas perbanding­an tahunan, peningkata­n nilai jualan bagi bulan November berkenaan disumbangk­an 59 daripada 138 industri yang dikaji.

“Berdasarka­n pelarasan musim bagi asas perbanding­an bulan ke bulan, nilai jualan pada November 2014 meningkat sebanyak 3.5 peratus,” kata kenyataan itu.

Selain itu, bilangan pekerja sektor pembuatan bagi November lepas adalah sebanyak 1,030,383 orang iaitu meningkat 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Bagi asas perbanding­an tahunan, bilangan pekerja meningkat sebanyak 1.5 peratus atau 15,036 orang berbanding 1,015,347 orang pada November 2013.

Bilangan pekerja bagi Oktober lepas turut dikemaskin­i kepada 1,028,991 orang.

Bagi asas perbanding­an bulanan, nilai gaji dan upah yang dibayar pada November 2014 meningkat 0.1 peratus (RM1.8 juta) kepada RM2,837.8 juta.

Jumlah gaji dan upah yang dibayar pada November 2014 meningkat sebanyak 4.3 peratus (RM117.9 juta) berbanding tempoh sama 2013.

Nilai gaji dan upah yang dibayar pada Oktober 2014 pula dikemaskin­i kepada RM2,836.0 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia