Utusan Borneo (Sarawak)

Perdaganga­n Malaysia-Hong Kong bagi 2014 dijangka tumbuh kepada AS$17 bilion

-

KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan antara Malaysia dan Hong Kong dijangka tumbuh kepada AS$ 17 bilion bagi 2014, kata Pengarah Pejabat Ekonomi dan Perdaganga­n Hong Kong, Fong Ngai.

Fong berkata rekod perdaganga­n Malaysia-Hong Kong memberangs­angkan apabila mencatat pertumbuha­n 15 peratus dalam tempoh 10 bulan lepas dengan Malaysia mempunyai lebihan dagangan berbanding Hong Kong.

“Kita belum lagi memperoleh angka bulan Disember 2014 namun jika momentum itu kekal, kita boleh mencapai AS$17 bilion untuk keseluruha­n tahun 2014.

“Bagi 2013, perdaganga­n antara kedua-dua negara mencatat AS$14.5 bilion, kebanyakan­nya melibatkan barang pengantara,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Fong mengiringi Setiausaha Pendidikan Hong Kong, Eddie Ng Hak-kim dalam lawatan rasmi dua hari ke sini bertujuan memperkuku­h hubungan akademik antara Malaysia dan Hong Kong.

Sementara itu, Ng memberitah­u pemberita Hong Kong berharap untuk menandatan- gani memorandum persefaham­an dengan Malaysia dalam bidang pendidikan tinggi dan pertukaran pendidikan.

“Pelajar dari kedua- dua negara akan mendapat manfaat besar jika pertukaran pendidikan ini dipertingk­at, sebagai contoh dalam bentuk latihan.

“Saya sudah bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan di Putrajaya semalam dan mengundang beliau ke Hong Kong agar kami dapat terus berbincang mengenai inisiatif ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia