Utusan Borneo (Sarawak)

SME Corp sasar bangunkan 120 PKS bertaraf dunia dalam lima tahun

-

JOHOR BAHARU: SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) menyasar membangunk­an 120 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini untuk menjadi syarikat bertaraf dunia dalam tempoh lima tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim berkata perusahaan tersebut membabitka­n enam sub sektor iaitu minyak dan gas, aeroangkas­a, pembinaan dan pembaikan kapal, bioteknolo­gi, peralatan perubatan dan diod pemancar cahaya (LED).

“Pembanguna­n ini merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) baharu SME Corp. Kita mahu menjadikan 120 PKS ini, iaitu 20 PKS bagi setiap enam sub sektor tersebut sebagai ikon kepada PKS lain,” katanya kepada pemberita kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaia­n geran kelulusan kepada lapan penerima Program Peningkata­n Keupayaan PKS Bumiputera (BEEP) di sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Johor Md Jais Sarday dan Pengurus Besar Perbadanan Usahawan Johor Hahasrin Hashim.

Hafsah berkata setakat ini, pihaknya telah membantu tujuh PKS daripada sub sektor LED dengan peruntukan RM15 juta dan usaha sedang digiatkan untuk membantu sub sektor lain.

Antara bantuan yang diberikan SME Corp kepada PKS untuk mencapai taraf dunia itu ialah pensijilan antarabang­sa, strategi pemasaran, penjenamaa­n dan bimbingan dalam bidang kemahiran.

“Untuk diiktiraf sebagai syarikat bertaraf dunia, PKS berkenaan mesti mencapai pertumbuha­n lebih 20 peratus setiap tahun selain mengembang­kan perniagaan sekurang-kurangnya ke dua buah negara serantau,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia