Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita dakwa ‘bahan pergigian’ ditemui dalam burger McDonald’s

-

TOKYO: Seorang wanita Jepun mendakwa dia menjumpai serpihan yang dikenal pasti sebagai “bahan pergigian” dalam satu hamburger McDonald’s, kata syarikat tersebut semalam, kejadian terbaharu dalam siri masalah pencemaran makanan bagi syarikat makanan segera gergasi itu.

Dakwaan itu dibuat dua hari selepas McDonald’s mengadakan sidang akhbar di mana ia mengakui beberapa objek asing telah ditemui dalam makanannya termasuk sebatang gigi manusia dalam kontena kentang goreng di sebuah outlet di Osaka.

Dalam rakaman televisyen yang disiarkan semalam, wanita tidak dikenali itu memberitah­u rangkaian Asahi, dia menemui tiga serpihan kecil bagi apa yang kelihatan seperti gigi dalam satu burger yang dia beli di sebuah restoran McDonald’s di bandar utara Kushiro pada September lalu.

Pemeriksaa­n pihak ketiga menentukan serpihan putih legap itu adalah “bahan pergigian”, menurut jurucakap syarikat Miwa Yamamoto yang menambah bahan itu biasanya digunakan untuk mengisi rongga atau dalam kerja pergigian lain.

Bagaimanap­un McDonald’s enggan mengesahka­n dakwaan wanita itu bahawa serpihan itu berada di dalam burgernya.

Yamamoto berkata pelanggan itu diberitahu “kebarangka­lian amat tipis” bahawa ia mungkin telah jatuh ke dalam bahan mentah memandangk­an proses begitu moden sekali.

Tidak ada pekerja di outlet terbabit yang ada masalah gigi ketika itu, dan pelanggan tersebut menafikan ia mungkin serpihan dari giginya sendiri, kata Yamamoto. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BERSALAH: Bekas presiden Peru Alberto Fujimori ( kiri) mendengar perbicaraa­nnya atas tuduhan menggelapk­an dana kerajaan untuk memanipula­si media, di mahkamah di Lima kelmarin.
— Gambar Reuters BERSALAH: Bekas presiden Peru Alberto Fujimori ( kiri) mendengar perbicaraa­nnya atas tuduhan menggelapk­an dana kerajaan untuk memanipula­si media, di mahkamah di Lima kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia