Utusan Borneo (Sarawak)

Isyarat ping dikesan dekat kawasan ekor pesawat ditemui

-

PANGKALAN BUN: Isyarat ping dipercayai dari perakam data kotak hitam pesawat Penerbanga­n 8501 AirAsia yang terhempas dikesan semalam, kata seorang pegawai kanan pencarian Indonesia, sekali gus memberi harapan tinggi untuk menjelaska­n bencana tersebut.

“Sebuah kapal mengesan bunyi ping. Penyelam cuba sampai ke sana,” kata S.B Supriyadi yang berpangkal­an di ibu pejabat pencarian Pangkalan Bun.

“Lokasi isyarat ping itu dilaporkan dekat kawasan di mana ekor pesawat dijumpai.”

Pesawat terbabit terhempas ke dalam Laut Jawa pada 28 Disember lalu dalam keadaan cuaca buruk ketika ia terbang dari Surabaya ke Singapura, dan meragut nyawa kesemua 162 orang dalam pesawat.

Cuaca buruk memperlaha­nkan usaha antarabang­sa untuk mencari bangkai pesawat dan menentukan sebab ia terhempas.

Kotak hitam dianggap sebagai amat penting bagi menjelaska­n punca nahas kerana ia dijangka mengandung­i rakaman kata-kata terakhir juruterban­g serta data penerbanga­n umum.

Kotak hitam direka untuk memberi isyarat ping selama 30 hari selepas nahas berlaku supaya perakam tersebut dapat ditemui.

Ekor pesawat, di mana kotak hitam ditempatka­n, ditemui Rabu lepas dengan sebahagian­nya tertimbus dalam dasar laut 30 meter di bawah permukaan air.

Namun tiada isyarat ping dikesan pada mulanya.

Sejak Rabu lepas pegawai pencarian menumpukan usaha mereka kepada ekor pesawat dan kawasan sekitar, kerana percaya kotak hitam seharusnya ada di sana jika ia tidak tertanggal.

Puluhan penyelam elit Marin Indonesia cuba tetapi gagal untuk memeriksa ekor pesawat dengan teliti disebabkan oleh arus deras dan hakikat bahawa sebahagian­nya tertimbus dalam dasar laut.

Supriyadi berkata penyelam akan terus mencari di bawah laut semalam untuk mengesan isyarat ping pada kotak hitam. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SERPIHAN: Serpihan pesawat AirAsia yang ditemui di Laut Jawa dibawa dari helikopter Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (BASARNAS) di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah semalam. Isyarat ping dipercayai dari perakam data kotak hitam pesawat tersebut...
— Gambar Reuters SERPIHAN: Serpihan pesawat AirAsia yang ditemui di Laut Jawa dibawa dari helikopter Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (BASARNAS) di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah semalam. Isyarat ping dipercayai dari perakam data kotak hitam pesawat tersebut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia