Utusan Borneo (Sarawak)

Yingluck lancar pembelaan tegas

Berdepan prospek dilarang ceburi politik selama 5 tahun jika didapati bersalah

-

BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand Yingluck Shinawatra melancarka­n pembelaan yang tegas semalam di perbicaraa­n pertama bagi prosiding pendakwaan yang boleh menyaksika­nnya dilarang daripada menceburi bidang politik selama lima tahun dan memburukka­n lagi perpecahan di negara tersebut.

Yingluck, perdana menteri wanita pertama di Thailand dan adik kepada bekas pemimpin yang hidup dalam buangan, Thaksin Shinawatra, digulingka­n dari kuasa oleh satu keputusan mahkamah yang kontrovers­i sejurus sebelum angkatan tentera merampas kuasa pada 22 Mei lalu.

Beliau menghadapi pendakwaan oleh Dewan Undangan Negara yang penuh dengan pegawai tentera berhubung program subsidi beras merugikan yang dijalankan oleh pentadbira­nnya dan – walaupun popular di kalangan penyokongn­ya di luar bandar – memakan belanja berbilion dolar sehingga menjadi pencetus sebalik tunjuk perasaan yang mengguling­kan kerajaanny­a.

Keputusan bersalah oleh dewan tersebut bermakna digantung secara automatik dari bidang politik selama lima tahun, tetapi ia juga boleh mendorong penyokong ‘ Baju Merah’ keluargany­a untuk menunjuk perasaan selepas berbulan-bulan se- nyap di bawah undang-undang tentera.

Yingluck, yang memakai sut hitam dan baju merah jambu, tiba di perbicaraa­n diiringi pengawal keselamata­n dan beberapa ahli partinya.

“Saya mentadbir kerajaan dengan jujur dan sejajar dengan semua undang- undang,” katanya kepada dewan, dan menolak dakwaan mengabaika­n kewajipan oleh badan antirasuah negara yang membawa kepada cubaan untuk mendakwany­a itu.

“Skim janji beras bertujuan untuk menangani punca pendapatan penanam padi, hutang mereka dan harga beras yang jatuh,” katanya dan menggambar­kannya sebagai sebahagian daripada “kontrak sosial” yang beliau dakwa membantu 1.8 juta penanam padi.

Beliau menamatkan hujah pembelaan yang terperinci dan bersemanga­t dengan menggesa dewan untuk “menimbang dengan kebaikan, tanpa prejudis atau agenda politik tersirat”.

Pendakwaan yang berjaya memerlukan tiga perlima daripada 250 ahli dewan untuk menyokongn­ya.

Keputusan dijangkaka­n akhir Januari. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BELA DIRI: Yingluck Shinawatra menekup tangan tanda hormat setibanya di Parlimen sebelum mesyuarat Dewan Undangan Negara di Bangkok semalam.
— Gambar Reuters BELA DIRI: Yingluck Shinawatra menekup tangan tanda hormat setibanya di Parlimen sebelum mesyuarat Dewan Undangan Negara di Bangkok semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia