Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas presiden Peru dipenjara 8 tahun salah guna dana kerajaan

-

LIMA: Mahkamah Peru kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun ke atas bekas presiden Alberto Fujimori, yang sudah dipenjara kerana satu pembunuhan beramai-ramai yang disokong kerajaan, selepas didapati bersalah atas tuduhan menggelapk­an dana kerajaan untuk memanipula­si media.

Hukuman itu hanya ada kesan simbolik kerana hukuman penjara tidak dikumpul di Peru, di mana banduan hanya menjalani hukuman serentak yang paling lama sahaja.

Fujimori sekarang menjalani hukuman penjara 25 tahun dalam kes pembunuhan 25 orang oleh skuad maut yang disokong kerajaan ketika Peru berperang dengan kumpulan pemberonta­k Maoist, Shining Path.

Fujimori turut diarah membayar ganti rugi sivil sebanyak AS$1 juta (RM3.5 juta) kelmarin kerana mengarahka­n dana disalurkan daripada Angkatan Tentera dan Khidmat Perisikan Negara kepada akhbar-akhbar untuk memburukka­n penentang politik.

Fujimori, 76, berkata beliau akan mengemukak­an rayuan.

“Saya tidak setuju dengan keputusan itu, saya tidak bersalah,” tegasnya.

Perbicaraa­n selama 14 bulan itu adalah yang kelima bagi Fujimori, yang diekstradi­si dari Chile pada 2007.

Peguamnya berkata beliau akan menuntut agar keputusan itu dibatalkan kerana mahkamah bergantung kepada “bukti tidak konsisten”.

Fujimori menjadi presiden Peru dari 1990 hingga 2000, dan dipenjara di sebuah pangkalan polis ke timur Lima – di mana beliau adalah tahanan tunggal – sejak 2007. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia