Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan anggota keselamata­n dikerah buru suspek serang Charlie Hebdo

-

PARIS: Perancis mengerahka­n puluhan ribu anggota keselamata­n dalam operasi memburu dua adik-beradik yang dituduh membunuh 12 orang dalam satu serangan pelampau agama ke atas majalah satira mingguan Charlie Hebdo, ketika kedua- dua suspek hidup dalam pelarian bagi malam kedua.

Serangan itu telah menarik penghormat­an dan sokongan dari seluruh dunia. Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama merupakan orang terkini yang menandatan­gani buku takziah dengan mesej “Vive la France!” (Hidup Perancis) manakala ribuan berhimpun di Paris pada hari berkabung bagi seluruh negara untuk memberi penghormat­an kepada mangsa yang terkorban.

Di wilayah luar bandar Aisne ke timur laut Paris, polis bersenjata elit dan pasukan separa tentera dibantu oleh helikopter memeriksa sebuah kawasan hutan dekat lokasi di mana pelarian terbabit sebelum itu merompak sebuah stesen minyak dan meninggalk­an kereta mereka ekoran serangan di ibu negara pada Rabu lepas.

Adik-beradik itu dipercayai melancarka­n serangan itu, yang terburuk di Perancis dalam tempoh setengah abad, untuk membalas dendam ke atas tindakan majalah mingguan itu yang berulang kali menerbitka­n kartun yang menghina Nabi Muhammad.

Kira-kira 24 jam selepas operasi memburu bermula, adik-beradik tersebut dicam selepas mereka merompak stesen minyak 80 kilometer dari Paris, sebelum mereka lari lagi, mungkin dengan berjalan kaki dan masih bersenjata­kan sekurang-kurang- nya selaras raifal Kalashniko­v, kata polis.

Unit polis khas bergegas ke tempat kejadian, di mana amaran keselamata­n maksimum diumumkan selain di ibu negara.

Pegawai yang memakai ves kalis peluru hitam yang berat memeriksa bangunan tambahan, dengan mengacu raifal, disaksikan oleh penduduk tempatan yang resah.

Kumpulan Negara Islam, kumpulan militan yang menyemai keganasan di beberapa kawasan di Iraq dan Syria, memuji adik-beradik berkenaan sebagai “wirawira” dalam stesen radionya Al-Bayan.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve mengumumka­n 88,000 anggota keselamata­n sudah digerakkan dan satu mesyuarat antarabang­sa mengenai terorisme akan berlangsun­g di Paris pada Ahad ini.

Waran tangkap dikeluarka­n bagi Cherif Kouachi, 32, seorang pejuang jihad yang didapati bersalah pada 2008 kerana terlibat dalam satu rangkaian yang menghantar pejuang ke Iraq, dan abangnya yang berusia 34 tahun, Said. Kedua-duanya dilahirkan di Paris kepada ibu bapa dari Algeria dan menjadi yatim piatu pada usia muda.

Seorang pegawai kanan pentadbira­n AS memberitah­u AFP, seorang daripada dua adik beradik tersebut dipercayai pernah berlatih bersama Al-Qaeda di Yaman manakala satu lagi sumber berkata kedua-dua mereka sudah berada dalam senarai pemantauan keganasan AS “selama bertahun-tahun”.

Adik- beradik itu disenaraik­an di dalam sebuah pangkalan data AS sebagai suspek keganasan, selain dalam senarai larangan terbang, yang bermakna mereka tidak dibenarkan terbang ke AS, kata pegawai tersebut.

Sementara itu Cazeneuve berkata sembilan orang sudah ditahan dalam operasi yang dijalankan.

Mourad Hamyd, remaja berusia 18 tahun yang disyaki menjadi rakan subahat dalam serangan berkenaan, telah menyerah diri, kata sumber polis. Ia tidak jelas apakah peranan, jika ada, yang dia mainkan dalam serangan itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia