Utusan Borneo (Sarawak)

Militan rancang ‘serangan kematian besar-besaran’ terhadap Barat: MI5

-

LONDON: Ketua agensi perisikan negara Britain MI5 memberi amaran Khamis lepas, puak militan pelampau agama di Syria merancang “serangan kematian besar- besaran” di dunia Barat dan badan perisikan mungkin tidak akan berupaya untuk menghalang mereka.

“Kita tahu sekumpulan pengganas tegar Al-Qaeda di Syria merancang serangan kematian besar-besaran ke atas dunia Barat,” kata Andrew Parker kepada wartawan di London sehari selepas satu serangan pelampau Islam di Paris meragut 12 nyawa.

“Walaupun kita dan rakan kita cuba sedaya upaya, kita tahu kita tidak dapat berharap untuk menghentik­an segalanya,” tambahnya.

Parker berkata pejuang yang kembali ke dunia Barat dari perang saudara di Syria berisiko membawa bersama mereka “ideologi songsang” yang boleh mendorong mereka untuk melancarka­n serangan ke atas mercu tanda terkenal di tanah air.

Walaupun kumpulan Negara Islam (IS) menimbul- kan ancaman paling ketara, pejuang yang selari dengan teras Al-Qaeda juga merupakan risiko.

“Kita masih menghadapi komplot lebih rumit dan bercita-cita tinggi yang mengikuti pendekatan Al- Qaeda dan penirunya yang kini malangnya sudah bertapak – cubaan untuk menyebabka­n kehilangan nyawa berskala besar, selalunya dengan menyerang sistem pengangkut­an atau sasaran ikonik,” katanya.

Ketua pengarah MI5 sebelum itu berkata serangan ke atas majalah satira Perancis, Charlie Hebdo, merupakan satu “peringatan dahsyat” bagi ancaman yang dihadapi negara- negara Barat, dan memberitah­u agensinya sudah membantu menghalang tiga komplot pengganas “sejak beberapa bulan kebelakang­an ini sahaja”.

Parker menuntut kuasa lebih luas untuk mengenal pasti dan memantau suspek, ekoran kemarahan terhadap badan keselamata­n selepas skala pengintipa­n mereka didedahkan oleh seorang bekas kontraktor Agensi Keselamata­n Negara, Edward Snowden. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia