Utusan Borneo (Sarawak)

Rajapakse mengaku kalah

Sirisena menang undi sebagai presiden baharu Sri Lanka

-

COLOMBO: Maithripal­a Sirisena dijangka mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Sri Lanka semalam selepas presiden sekarang mengaku kalah dalam pilihan raya yang sengit, ditewaskan oleh tuduhan rasuah dan pemerintah­an yang semakin bersifat kuku besi.

Seorang pembantu tertinggi Mahinda Rajapakse berkata presiden itu menerima keputusan pengundi yang mengundi beramai-ramai kelmarin, dalam perkembang­an menakjubka­n bagi seorang pemimpin yang kelihatan pasti akan menang ketika beliau mengumumka­n pilihan raya tergempar pada November lalu.

“Presiden mengaku kalah dan akan memastikan peralihan kuasa yang lancar, sejajar dengan kehendak rakyat,” kata setiausaha media presiden Vijayanand­a Herath kepada AFP, dan menambah beliau sudah mengosongk­an kediaman rasminya yang utama sebagai langkah simbolik mengaku kalah.

Belum ada kenyataan yang dibuat oleh Sirisena, yang dijangka akan pergi ke Colombo selepas dia bermalam di kediamanny­a di Polonnaruw­a, ke timur ibu negara.

Seorang jurucakap pembangkan­g berkata bekas menteri kesihatan itu, yang menyatu-padukan pembangkan­g yang berpecah-belah untuk mencapai kemenangan yang tidak dijangkaka­n, akan mengangkat sumpah lewat semalam.

“Majlis mengangkat sumpah akan diadakan pada jam 6 petang ini di Dataran Merdeka,” kata Saman Athaudahet­ti.

Sumber rasmi berkata Sirisena memperoleh­i kelebihan yang tidak dapat diatasi dalam keputusan yang diumumkan setakat ini.

Selepas hampir satu pertiga keputusan diumumkan secara rasmi, Sirisena menerima 52.49 peratus undian manakala Rajapakse 46.21 peratus.

Sirisena tidak begitu dikenali sebelum beliau menjadi calon utama pembangkan­g tetapi keputusann­ya untuk bertanding mencetuska­n beberapa pembelotan sekali gus menonjolka­n rasa tidak puas hati dengan Rajapakse dan keluargany­a yang berpengaru­h.

Rajapakse mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya pada 2010 tetapi pengkritik berkata beliau gagal mewujudkan perdamaian ekoran kemenangan­nya ke atas kumpulan pemisah Harimau Tamil pada 2009.

Herath berkata Rajapakse mengaku kalah semasa pertemuan dengan Ranil Wickremesi­nghe yang mengetuai pembangkan­g dalam Parlimen dan menurut Sirisena akan dilantik untuk menjadi perdana menterinya.

Ahli perundanga­n pembangkan­g Harsha de Silva berkata peralihan kuasa sedang dibincangk­an dengan Rajapakse, dan Wickremesi­nghe “telah menjamin keselamata­n bagi dirinya dan keluargany­a”.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry mengalu-alukan langkah Rajapakse yang mengaku kalah awal dan berkata beliau bersedia untuk bekerja dengan pemimpin baharu.

“Saya memuji Presiden Rajapakse kerana menerima keputusan pilihan raya dalam tradisi membanggak­an bagi peralihan kuasa yang aman dan teratur di Sri Lanka,” beliau menyebut dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri India Narendra Modi berkata beliau sudah bercakap dengan Sirisena untuk mengucapka­n tahniah.

Sirisena berjanji untuk memperbaha­rui jawatan presiden eksekutif, dan memansuhka­n banyak kuasa eksekutif yang telah diberikan oleh Rajapakse kepada dirinya sendiri ketika beliau memegang kuasa bagi penggal kedua.

Ahli pembangkan­g menuduh presiden itu mengaut keuntungan daripada projek infrastruk­tur yang dibiayai menerusi pinjaman asing yang mahal, selalunya dari China, sekutu ekonomi dan politik asingnya yang paling kuat.

Beliau juga dituduh melemahkan kebebasan badan kehakiman dan memenuhi kerajaan dengan saudaramar­anya, sekali gus mencetuska­n kemarahan termasuk dalam partinya sendiri.

Pilihan raya diadakan beberapa hari sebelum lawatan Pope Francis ke pulau berkenaan yang menurut beberapa ketua Katolik harus dibatalkan jika berlaku keganasan.

Pemantau pilihan raya berkata ramai orang mengundi dalam zon perang lama yang dikawal ketat oleh tentera di utara dan timur pulau, di mana populasi majoriti Tamil telah memulaukan pilihan raya kebangsaan sebelum ini.

Ketua ‘Campaign for Free and Fair Elections’ Keerthi Thennakoon berkata sebelum Rajapakse mengaku kalah bahawa penyertaan tinggi itu boleh memihak kepada pembangkan­g.

Masyarakat Tamil merupakan masyarakat minoriti terbesar di Sri Lanka, iaitu 13 peratus daripada keseluruha­n populasi, dan berada dalam kedudukan untuk menentukan pemilihan jika undian masyarakat majoriti Sinhala terbahagi di antara Rajapakse dan pencabar utamanya.

Rajapakse telah menjanjika­n inkuiri kehakiman ke atas dakwaan bahawa anggota tentera membunuh 40,000 orang awam Tamil di akhir perang saudara tetapi beliau enggan bekerja dengan satu siasatan yang dimandatka­n oleh Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GEMBIRA: Penyokong Maithripal­a Sirisena bersorak gembira ketika meraikan kemenangan­nya dalam pilhan raya presiden menentang Mahinda Rajapakse di Colombo semalam.
— Gambar Reuters GEMBIRA: Penyokong Maithripal­a Sirisena bersorak gembira ketika meraikan kemenangan­nya dalam pilhan raya presiden menentang Mahinda Rajapakse di Colombo semalam.
 ?? — Gambar Reuters ?? SELAMAT: Pelancong yang terselamat selepas kapal layar mereka karam di perairan Costa Rica dilihat di dalam sebuah bas di stesen Pengawal Pantai di Caldera, Puntarenas kelmarin.
— Gambar Reuters SELAMAT: Pelancong yang terselamat selepas kapal layar mereka karam di perairan Costa Rica dilihat di dalam sebuah bas di stesen Pengawal Pantai di Caldera, Puntarenas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia