Utusan Borneo (Sarawak)

Perarakan sejuta penganut menjelang lawatan Pope di Filipina

-

MANILA: Lebih sejuta penganut berkaki ayam memperagak­an sebuah ikon Yesus Kristus yang berusia berabad-abad di tengah bandar raya Manila semalam dalam perayaan keagamaan terbesar di Filipina, yang diadakan menjelang lawatan Pope Francis ke kubu kuat agama Kristian di Asia.

Dengan mempamerka­n kebaktian yang tinggi, orang ramai yang merangkumi lelaki, wanita dan kanak- kanak melaung “Viva!’ ( Hidup lama!) ketika mereka berarak di jalanan yang bertaburan dengan sampah dalam hujan ringan bagi perarakan tahunan ikon ‘Black Nazarene’.

“Tuhan adalah penyembuh saya,” kata Lina Javal, 58, selepas menunggu dalam barisan selama berjam-jam untuk mencium patung berwarna hitam dan bersaiz hidup itu, dan menunjukka­n kepada seorang pemberita AFP parut yang sudah sembuh daripada pembedahan kerongkong yang dia jalani pada bulan lepas.

“Ia adalah satu perasaan yang luar biasa, ia seperti Roh Kudus memasuki badan saya,” kata kerani dari wilayah berdekatan Laguna.

Perarakan itu, yang biasanya berlarutan sehingga waktu malam, bermula pada pertengaha­n pagi selepas menganjur mengambil masa hampir dua jam untuk mengawal orang ramai yang meluru dengan berbahaya ke arah ikon itu untuk menggosokn­ya dengan sapu tangan putih.

Ramai warga Filipina percaya patung itu memiliki kuasa untuk menyembuh penyakit selain membuat ikrar sepanjang hayat untuk menyertai perarakan tahunan, kebanyakan­nya memakai baju T yang tertera imej Kristus yang memakai mahkota duri.

Timbalan datuk bandar Manila, Isko Moreno memberitah­u televisyen ABSCBN kira-kira sejuta orang menyertai perarakan dari permulaan, dan ramai lagi menunggu di sepanjang laluan yang berliku-liku di tengah bahagian lama Manila.

Seorang lelaki meninggal dunia semalam apabila dia mengalami serangan sakit jantung dekat patung berkenaan, kata ketua pejabat bencana Manila, Johnny Yu kepada stesen televisyen tersebut.

Lapan dalam 10 daripada 100 juta penduduk di Filipina adalah Katolik, dan perayaan Black Nazarene mempamerka­n kekuatan agama tersebut menjelang lawatan kepausan yang bermula 15 Januari ini.

Dalam lawatannya selama empat hari, Pope Francis dijadual melawat mangsa Taufan Super Haiyan di pulau tengah Leyte, selain merayakan sembahyang Misa bagi jutaan di taman terbuka terbesar di ibu negara.

Pertama kali dibawa ke Manila oleh golongan paderi Augustinia­n dari Mexico pada 1607, beberapa dekad selepas kepulauan itu dijajah oleh Sepanyol, patung ‘Black Nazarene’ dipercayai mendapat warnanya selepas ia terbakar sebahagian­nya ketika kapal yang membawanya terbakar. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEBAKTIAN: Lebih sejuta penganut Kristian mengangkat ikon Yesus Kristus ‘Black Nazarene’ di tengah bandar raya Manila semalam dalam perayaan keagamaan terbesar di Filipina yang diadakan menjelang lawatan Pope Francis minggu depan.
— Gambar Reuters KEBAKTIAN: Lebih sejuta penganut Kristian mengangkat ikon Yesus Kristus ‘Black Nazarene’ di tengah bandar raya Manila semalam dalam perayaan keagamaan terbesar di Filipina yang diadakan menjelang lawatan Pope Francis minggu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia