Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal pelancong karam dekat Costa Rica, 3 maut

-

SAN JOS: Sebuah kapal layar yang membawa hampir 100 pelancong dan 10 anak kapal karam dan tenggelam dalam masa beberapa minit di perairan Costa Rica kelmarin, dan mengorbank­an tiga warga tua asing manakala penyelamat menyelamat­kan puluhan lagi dari laut berombak.

Mangsa dikenali sebagai seorang wanita berusia 68 tahun dari Amerika Syarikat (AS), seorang wanita berusia 70 tahun dari Kanada dan seorang lelaki British berusia 80 tahun, kata Naib Presiden Ana Helena Chacon, manakala mangsa selamat menceritak­an kisah menakutkan tentang bagaimana mereka terpelanti­ng ke dalam lautan.

Chacon berkata 99 pelancong dan 10 anak kapal berada di atas kapal peranginan ber- kenaan ketika ia karam di perairan pantai Pasifik. Menurutnya, 106 diselamatk­an dan tiada yang hilang, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Ia adalah hari yang menyedihka­n bagi negara kita, dikenali sebagai sebuah negara yang menerima pelancong,” katanya.

Mangsa selamat memberitah­u media tempatan, kapal layar itu karam kerana ribut kuat dan kapal tenggelam dengan cepat.

Stella Hopkins, seorang warga Argentina dan isteri kepada mangsa British berkenaan, berkata dia menyangka kapal itu akan berpatah balik kerana laut berombak, tetapi anak kapal memutuskan untuk meneruskan pelayaran.

“Mereka tidak memberi jaket keselamata­n kepada kami sehingga kapal hendak tenggelam,” katanya.

Hopkins tidak nampak suaminya sehingga dia dibawa ke sebuah bot di mana mayat suaminya terlantar.

Kapal itu belayar dari Los Suenos ke pantai Pasifik dan menuju ke Pulau Tortuga (Penyu) di mana tragedi berlaku kira-kira 15 kilometer dari darat.

“Ribut menyengetk­an kapal dan air mula masuk. Orang ramai beralih ke sebelah untuk mengimbang­i berat tetapi ia tidak berjaya dan kapal karam tenggelam dalam masa beberapa minit,” kata pelancong dari AS, Arcelio Garcia.

Costa Rica telah dilanda ribut kuat yang menghasilk­an ombak besar selain menumbangk­an pokok dan menerbangk­an papan iklan di darat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia