Utusan Borneo (Sarawak)

DILEMA BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

- OlehDilah bin Tuah Universiti Malaysia Sarawak

Pengenalan Rempuhan gelombang globalisas­i, liberalisa­si dan pengaruh panca modenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa, tradisi persuratan dan kebudayaan. Dalam abad ini dari dekad ke dekad, diramalkan 10% daripada 600 bahasa dunia yang masih wujud akan mengalami kepupusann­ya. Imperialis­me bahasa dilihat semakin melebarkan pengaruhny­a tanpa batasan ruang dan waktu, serta jarak dan sempadan. Dominasi bahasa mula menjalar dalam kehidupan kita, sehingga generasi kini hampir terlupa tentang bangsa dan bahasa yang mereka warisi. Pada abad ini juga, manusia di seluruh dunia telah berlumbalu­mba ke arah mempelajar­i dan memperkemb­angkan bahasa Inggeris, yang mereka akui sebagai bahasa dunia. Ternyata gelombang globalisas­i bukan sahaja mengubah bahasa yang digunakan, tetapi secara halus men - ebuah bangsa.

Sebenarnya fenomena yang kita hadapi kini bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 600 tahun yang lalu, Ibnu Khaldun (13321406), sarjana sosiologi dan falsafah Islam pernah menyatakan, dalam kitabnya “Muqaddimah” bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sesebuah kuasa lain, lazimnya terus menjadi kagum terhadap penaklukny­a. Oleh sebab itu, mereka gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaa­n, budaya dan amalan bangsa yang menakluki mereka. Dalam konteks di Malaysia, kekaguman terhadap bahasa penjajah, iaitu bahasa Inggeris, telah menjadikan orang Melayu dan bukan Melayu kurang yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu. Mereka juga beranggapa­n bahawa bahasa Melayu hanya berfungsi sebagai sarana komunikasi harian, dan bukannya untuk mengungkap ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Di sinilah titik tolak mengapa bahasa Melayu sukar untuk diterima, walhal bahasa Melayu juga merupakan bahasa ilmu yang pernah menjadi lingua franca di Kepulauan Melayu. Dilema Bahasa Melayu Sejak 57 tahun yang lalu, kemerdekaa­n yang kita miliki kini sebenarnya masih kosong. Masyar- akat kita belum berupaya membangunk­an sebuah negara bangsa yang berlandask­an acuan kita sendiri. Kita sebaliknya kagum dan bangga dengan status dan martabat bahasa Inggeris yang dikatakan sebagai bahasa dunia, sehingga dengan mudah menolak jauh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Sedihnya, yang menolak itu merupakan bangsa yang bernama Melayu bersama bangsabang­sa lain yang risau akan menjadi “Melayu” jika bertutur dalam bahasa tersebut. Hal ini dapat dilihat dalam sistem pendidikan kebangsaan, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi. Bahasa Melayu bukan sahaja diragui keupayaann­ya tetapi turut dipersenda­kan, sehingga menampakka­n bahasa Melayu terlalu hina untuk menjadi bahasa ilmu.

Di peringkat pengajian tinggi, peranan dan kedudukan bahasa Melayu semakin tersisih sama ada di dalam bilik kuliah mahupun dalam penulisan ilmiah. Program pengajian Melayu juga sering kali dipandang sebagai program pilihan terakhir dan dianggap sebagai kursus yang tiada nilai komersial. Peminggira­n bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan II iaitu P. Kamalanath­an (Utusan Malaysia, 18 Disember 2014). Menurut beliau, penggunaan bahasa Melayu dalam laporan penyelidik­an dan penerbitan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan, didapati pada tahap sangat lemah. Malah penerbitan berbahasa Melayu tidak diambil kira untuk perjawatan dan kenaikan pangkat. Selain itu, Universiti Kebangsaan Malaysia yang dahulunya menjadi tulang belakang dalam memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, kini sudah berubah fungsi dan matlamat. Dalam bidang penyelidik­an, pensyarah-pensyarah universiti lebih terarah untuk menggunaka­n bahasa Inggeris dalam penulisan laporan penyelidik­an dan jurnal. Hal ini kerana para pengkaji dan sarjana di Malaysia khuatir, jika menulis dalam bahasa Melayu, idea dan pendapat mereka tidak akan pergi jauh dan hanya berlegar di sekitar dunia Melayu. Fenomena ini merupakan satu tamparan hebat kepada dasar bahasa kebangsaan dan dasar pendidikan kebangsaan yang sepatutnya menjulang martabat dan fungsi bahasa Melayu di IPTA.

Di peringkat sekolah rendah dan menengah, bahasa Melayu sering kali menjadi mangsa atas nama penjenamaa­n semula, sehingga menyebabka­n bahasa tersebut mengalami krisis identiti di bumi sendiri. Bahasa Melayu mengalami perubahan demi perubahan daripada segi nama, dengan mula menggunaka­n bahasa Melayu kemudian bahasa Malaysia, kembali menggunaka­n bahasa Melayu dan kini berbalik semula kepada nama bahasa Malaysia. Krisis identiti ini banyak mencemarka­n imej bahasa kebangsaan dan boleh mengeliruk­an pelajar serta masyarakat umum. Selepas terjebak dalam krisis identiti, bahasa Melayu apabila terlaksana­nya Dasar Pengajaran dan Pembelajar­an Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003. PPSMI telah menyebabka­n berlakunya penguranga­n masa pengajaran dalam bahasa Melayu, yang telah diambil oleh bahasa Inggeris sehingga menyebabka­n kepentinga­n dan nilai bahasa Melayu semakin berkuranga­n dalam sistem pendidikan negara. Biarpun dasar PPSMI telah dimansuhka­n pada 8 Julai 2009, namun impaknya kepada perkembang­an bahasa Melayu masih terkesan sehingga kini.

Melihat kemerosota­n bahasa Melayu di Malaysia serta kegagalan PPSMI, kerajaan telah mewujudkan Dasar Memartabat­kan Bahasa Malaysia dan Memperkuku­hkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dalam melaksanak­an dasar tersebut, pengajaran dan pembelajar­an bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diperkukuh­kan menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Melalui MBMMBI, semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunaka­n bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dalam pengajaran dan pembelajar­an Matematik dan Sains. Perubahan dasar ini penting kerana penggunaan bahasa Melayu akan dapat menjamin kebebasan berkomunik­asi dalam proses pembelajar­an ilmu, sama ada dalam bidang sains, teknologi maklumat, matematik dan sebagainya. Walau bagaimanap­un, terdapat sedikit kerisauan terhadap perlaksana­an MBMMBI. Hal ini kerana, selepas lima tahun perlaksana­annya, dasar MBMMBI belum memperliha­tkan satu rekod pencapaian yang boleh dibanggaka­n. Tempoh peralihan PPSMI ke MBMMBI sehingga tahun 2016, dilihat memberi kesan kepada minda pelajar, khususnya pelaksanaa­n konsep dwibahasa dalam dua dasar.

Menurut Malek Bennabi (1905-1973) dalam bukunya “Islam in History and Society” (1954), fenomena kedwibahas­aan mencipta kesan-kesan yang sangat bertentang­an dengan kebudayaan kebangsaan masing-masing. Malah fenomena ini akan menjadikan minda kita terus kagum terhadap budaya bahasa yang digunakan. Natijahnya, kita mungkin menjadi individu yang buta budaya sendiri, malah menghinany­a dan ada kalanya boleh mengkhiana­t- inya. Mengambil contoh di Singapura, Dr. Goh Chok Tong dalam ucapannya yang bertajuk “Addressing the Nation” pada 27 Julai 1997, menyatakan bahawa perlaksana­an dasar pendidikan dalam bahasa Inggeris selama tempoh 25 tahun, telah melahirkan generasi pemuda Cina yang hanya jasadnya Cina tetapi budayanya bukan lagi Cina. Menurut Chang (1999) dalam kajiannya yang bertajuk “The Cultural Values of Singapore’s youths and their parents: An empirical test of ingle hart’s validity claims derived from the world values surveys”, mendapati sembilan daripada sepuluh pemuda Cina “menyesal” dilahirkan sebagai Cina dan mereka kepingin dilahirkan sebagai orang Kaukasia (orang berkulit putih). Perkara ini juga sudah berlaku di Malaysia, apabila terdapat segelintir pihak yang cuba mempersoal­kan kedudukan bahasa Melayu, hak keistimewa­an orang Melayu dan Bumiputera, agama Islam, dan juga ketuanan Melayu, iaitu raja-raja Melayu. Jelas, semua yang berlaku adalah disebabkan oleh minda yang terjajah, serta kurangnya penguasaan bahasa Melayu yang menjadi teras kefahaman dalam pembentuka­n negara bangsa Malaysia.

Pada Oktober 2014, Prof. Dr. Teo Kok Seong, pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mendedahka­n tentang isu 604 orang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), yang tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu walaupun sepatah. Jika angka 604 itu hanya melibatkan pelatih PLKN, kita yakin jumlah tersebut boleh mencapai sepuluh kali ganda jika ujian penguasaan bahasa Melayu dijalankan ke atas semua warganegar­a Malaysia. Kelemahan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia, bukan sahaja berlaku kepada pelatih PLKN tetapi turut mendasar ke segenap lapisan masyarakat. Jika kita mengambil contoh di Indonesia, hampir kesemua rakyatnya boleh berbahasa Indonesia dengan baik, termasuk rakyatnya yang berada di Pulau Rote, iaitu pulau paling selatan dan penghujung dalam Wilayah Indonesia. Begitu juga di Thailand, biarpun majoriti penduduk di selatan Thailand berbangsa Melayu dan boleh berbahasa Melayu, namun penduduk di Narathiwat, Yala dan Pattani boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Thai. Hal ini membuktika­n bahawa bahasa kebangsaan dapat dikuasai walaupun dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai latar kaum dan bangsa.

Di Malaysia, bahasa Melayu sentiasa menghadapi cabaran dan kekangan dalam menjalanka­n tugas sebagai bahasa kebangsaan. Fungsinya yang jelas dalam beberapa dasar kerajaan, sebenarnya tidak mampu memberi kuasa kepada bahasa Melayu untuk berdiri gagah di Malaysia. Ternyata pembinaan dan pengembang­an bahasa Melayu sejak merdeka, menunjukka­n keterpingg­iran yang luar biasa. Kita hari ini sedang keliru tentang keperluan bangsa kita berbahasa atau bagaimana negara memilih untuk berbahasa. Dilema bahasa Melayu di Malaysia yang gah statusnya tetapi rendah letak duduknya harus diberi pembelaan. Setelah setengah abad berdiri sebagai bahasa rasmi negara, bahasa Melayu masih belum benar-benar dikuasai dan difahami. Pelbagai usaha dan tindakan telah dijalankan, namun hasilnya tidak begitu memberangs­angkan. Di majlis-majlis rasmi, bahasa Inggeris masih menjadi pilihan utama para pemimpin politik dan para menteri, hatta di dalam majlis yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ternyata bahasa Melayu di Malaysia bukan sahaja lemah tetapi semakin hilang citranya sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa Ilmu.

Lemahkan Bahasa Melayu?

Menurut Jan Huygen van Linschoten (1614) dalam Joshua A. Fishman (1974), bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya tetapi turut menjadi bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa timur. Menurut Van Linschoten, orang yang tidak mengetahui bahasa Melayu di Kepulauan Melayu, dapatlah dibandingk­an dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu. Pada ketika itu bahasa Melayu bukan sahaja menjadi lingua franca tetapi turut menjadi bahasa terpenting dalam penyebaran agama Islam. Dalam dunia Melayu, kita turut menyaksika­n kelahiran tokoh-tokoh ilmuwan seperti Syeikh Naruddin Al-Raniri, Hamzah Fansuri, Tun Sri Lanang dan Raja Ali Haji. Menurut Hassan Ahmad (1995), kehebatan Tun Sri Lanang mengarang Kitab Sejarah Melayu tidak dapat disangkal sama sekali, malah jika Tun Sri Lanang lahir di England dan menulis dalam bahasa Inggeris, karyanya akan terkenal di seluruh dunia malah setaraf dengan karya William Shakespear­e.

Selain itu, di peringkat serantau dan antarabang­sa, bahasa Melayu sudah kian meluas diterima sebagai bidang kajian ilmiah, mahupun sebagai bahasa praktis untuk kehidupan harian. Terkini, bahasa ini turut diangkat martabatny­a di Vietnam apabila pemerintah Bandaraya Ho Chi Min mengiktira­f bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa rasmi di bandar raya tersebut. Pengiktira­fan tersebut merupakan satu penghormat­an besar kepada bahasa Melayu, yang mempunyai jumlah penutur terbesar dalam komuniti ASEAN. Sebagai bahasa kesepuluh terpenting di dunia, bahasa Melayu dilihat berupaya menjadi bahasa ASEAN dan seterusnya diangkat menjadi bahasa utama di rantau ini. Pada hari ini, bahasa Melayu bukan sahaja diajar di IPT Malaysia, tetapi turut diajar di universiti luar negara seperti di Universiti Ohio di Athen, Amerika Syarikat, Universiti Pengajian Asing Hankuk di Korea Selatan, Universiti Pengajian Asing Beijing di Negara China, Universiti Victoria di Wellington, New Zealand dan Goethe-Universiti di Frankrurt, Germany. Penerimaan masyarakat luar negara terhadap bahasa Melayu harus dijadikan tauladan kepada rakyat Malaysia yang masih ragu-ragu dalam menggunaka­n bahasa Melayu.

Bahasa Melayu sebenarnya berupaya menjadi bahasa ilmu dalam segala bidang. Jika Jepun dan Korea boleh maju tanpa menggunaka­n bahasa Inggeris, Malaysia juga boleh mencapai kemajuan yang sama dengan menggunaka­n bahasa Melayu. Mengikut Laporan Bank Dunia pada tahun 1996, ekonomi negara-negara yang tidak menggunaka­n bahasa Inggeris seperti Korea, Malaysia, China, Thailand dan Indonesia lebih pesat membangun. Hal ini membuktika­n bahawa bahasa Inggeris bukanlah satu jaminan sesebuah negara itu akan maju atau mundur, tetapi kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada kefa- haman yang mendalam rakyatnya dalam semua bidang. Menurut Irina Bokova, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), penggunaan bahasa kebangsaan yang juga bahasa ibunda dalam proses penyampaia­n ilmu, dilihat lebih berjaya dalam meningkatk­an kualiti pendidikan kanak-kanak. Justeru, untuk mencapai tahap kefahaman yang mendalam, penggunaan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu dalam penyampaia­n ilmu merupakan pilihan yang terbaik. Kesimpulan Keutuhan sesuatu bahasa banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran yang didukungny­a. Jika bahasa Melayu hanya berfungsi sebagai bahasa komunikasi biasa dan tidak diberi ruang untuk menjalanka­n fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai ilmu, kita risau bahasa Melayu akan mati di bumi Malaysia. Selain itu, keyakinan terhadap bahasa Melayu juga harus dipupuk khususnya dalam kalangan orang Melayu itu sendiri, di samping menggalakk­an rakyat bukan Melayu, menjiwai bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan. Dalam mengangkat martabat bahasa Melayu yang kian longlai, keazaman politik amat diperlukan. Hal ini kerana, dalam situasi kritikal sekarang, hanya kuasa politik sahaja yang dapat mengubah masa depan bahasa Melayu, untuk menjalanka­n fungsinya sebagai bahasa rasmi seperti yang termaktub dalam perlembaga­an Malaysia.

Sebenarnya fenomena yang kita hadapi kini bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 600 tahun yang lalu, Ibnu Khaldun (1332-1406), sarjana sosiologi dan falsafah Islam pernah menyatakan, dalam kitabnya bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sesebuah kuasa lain, lazimnya terus menjadi kagum terhadap penaklukny­a. Oleh sebab itu, mereka gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaa­n, budaya dan amalan bangsa yang menakluki mereka. Dalam konteks di Malaysia, kekaguman terhadap bahasa penjajah, iaitu bahasa Inggeris, telah menjadikan orang Melayu dan bukan Melayu kurang yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu. Mereka juga beranggapa­n bahawa bahasa Melayu hanya berfungsi sebagai sarana komunikasi harian, dan bukannya untuk mengungkap ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Di sinilah titik tolak mengapa bahasa Melayu sukar untuk diterima, walhal bahasa Melayu juga merupakan bahasa ilmu yang pernah menjadi

” di Kepulauan Melayu.

Rujukan:Barr, Nicholas Et.al. (1996). World Bank Report 1996. Washington.

Chang, J. H-Y (1999). The Cultural Values of Singapore’s youths and their parents: An empirical test of ingle hart’s validity claims derived from the world values surveys. http://127.0.0.1:4464/searc s=1048576&s=PNqiKljSrA OHdisfQErM­vhRL5Q.

Goh Chok Tong (1997). Addressing The Nation. Singapore. Singapore Broadcasti­ng Cooperatio­n.

Hassan Ahmad (1995). Cabaran Dunia Berbahasa Melayu. Pelita Bahasa, 26-31. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibnu Khaldun (1995). Muqaddimah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Joshua A. Fishman (1974). Advances in language planning. The Hague. Mouton & Co. N.V Publisher.

Kementeria­n Pelajaran Malayia (2010). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2010. Perlaksana­an Dasar Memartabat­kan Bahasa Malaysia dan Memperkuku­hkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Putrajaya. Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Malek Bennabi (1954). Islam in History and Society. Petaling Jaya. Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

Utusan Malaysia (2014). 604 Pelatih PLKN Tidak Boleh Bercakap Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan Melayu (M) Berhad.

Utusan Malaysia (2014). IPTA Kurang Guna Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan Melayu (M) Berhad.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia