Utusan Borneo (Sarawak)

Tuntutan tambah royalti minyak, gas diteruskan

Adenan sedang berunding dengan Petronas agar tambah royalti kepada 20% berbanding 5% sekarang

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sarawak akan meneruskan usaha memastikan kerajaan pusat menambah bayaran royalti minyak dan gas kepada 20 peratus bagi negeri ini berbanding lima peratus sekarang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata ketika ini beliau dalam proses rundingan dengan Petronas mengenai perkara tersebut.

“Saya sedang berbincang dengan Petronas sekarang, meminta bayaran royalti minyak dan gas ditambah (kepada 20 peratus). Lima peratus itu tidak cukup.

“Ya minyak dan gas milik Sarawak, kalau di perairan Terengganu atau Kelantan, kita tidak kisah, tetapi selagi di perairan Sarawak, ia hak kita,” katanya.

Adenan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Ulang Tahun Pertama Sebagai Ketua Menteri Sarawak di sini, semalam.

Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri yang kelima pada 28 Februari 2014 dengan mengambil alih jawatan itu

Saya sedang berbincang dengan Petronas sekarang, meminta bayaran royalti minyak dan gas ditambah (kepada 20

” peratus). Lima peratus itu tidak cukup. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri

daripada Tun Pehin Abdul Taib Mahmud selepas 33 tahun memimpin negeri ini.

Menurut Adenan, beliau secara peribadi telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai permohonan tersebut dan memberitah­u bahawa Najib terbuka kepada idea itu.

Bagaimanap­un katanya, Najib meminta ia ditangguhk­an sementara berikutan ketidakten­tuan harga minyak di pasaran dunia ketika ini.

“Apapun saya akan meneruskan usaha ini sehingga berjaya, sehingga kerajaan pusat membayar kadar royalti seperti yang kita minta iaitu 20 peratus.

“Buat sementara ini Sarawak telah berjaya mendapatka­n RM2.1 bilion dalam bentuk kontrak daripada Petronas untuk diberikan kepada syarikat-syarikat Sarawak… saya mahu perkara ini benar-benar berlaku,” ujarnya.

Tambahnya, beliau tidak mahu syarikat dari Sarawak diberi kontrak-kontrak bersaiz kecil manakala kontrak besar diberikan kepada syarikat dari luar Sarawak.

“Kita juga mahu merasa dan terlibat aktif dalam projekproj­ek besar.

“Kita tidak hanya mahu terus menjadi pemerhati seperti sebelum ini tetapi terlibat aktif,” tegas Adenan.

Pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) Mei 2014, dewan sebulat suara meluluskan usul memohon kerajaan pusat menambah bayaran royalti minyak dan gas kepada Sarawak daripada lima peratus sekarang kepada 20 peratus.

Dalam perkembang­an lain beliau berkata rizab komunal dicadangka­n bagi menangani masalah berkaitan tanah di negeri ini.

“Banyak lagi program (saya rangka) untuk Sarawak, selepas menurunkan kadar tarif elektrik, membantera­s kegiatan pembalakan haram dan menekankan integriti serta pentadbira­n kerajaan yang baik.

“Sekarang saya cuba menyelesai­kan masalah berkaitan tanah.

“Wujud banyak konflik tanah membabitka­n rakyat, jadi saya cuba menyelesai­kannya.

“Satu caranya ialah saya mencadangk­an rizab komunal diwujudkan, bagaimanap­un buat masa ini biar saya usahakan dahulu…diharap akan ada berita gembira ke- mudian,” katanya.

Mengenai usaha membantera­s kegiatan pembalakan haram di negeri ini, Adenan berkata satu jawatankua­sa khas dibentuk dan dipengerus­ikan Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Jawatankua­sa itu katanya, berperanan sebagai badan pemantau yang akan memastikan pindaan Ordinan Hutan Sarawak dilaksanak­an dengan berkesan.

“Pembalak haram adalah perompak kekayaan negeri kita. Anda tidak boleh berdiam diri. Jadi itu yang mahu kita cegah,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu isteri ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu serta isteri Dato Sri Empiang Jabu, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua merangkap penaung Jawatankua­sa Atur Cara DUN Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, barisan kabinet negeri, menterimen­teri muda, ADUN dan Ahli Parlimen Sarawak.

 ??  ?? SELAMAT ULANG TAHUN: Adenan dan Jamilah memotong pulut kuning sebagai meraikan ulang tahun pertamanya sebagai Ketua Menteri Sarawak.
SELAMAT ULANG TAHUN: Adenan dan Jamilah memotong pulut kuning sebagai meraikan ulang tahun pertamanya sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia