Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja kem balak bimbang digertak lelaki gengster

-

SIBU: Seorang pekerja kem pembalakan di Papua New Guinea mendakwa keselamata­n dirinya terancam selepas digertak seorang lelaki berniat mengupah gengster tempatan apabila mereka kembali ke tanah air.

Pengadu, 30, berbangsa Cina membuat laporan polis di Balai Polis Sentral petang kelmarin memberitah­u beliau bersama seorang lagi rakan sekerjanya, 40-an juga warga tempatan di sini bimbang selepas satu insiden pergaduhan melibatkan seorang lelaki yang juga adik kepada pengurus syarikat kem pembalakan di luar negara itu pada awal bulan ini.

Dalam insiden tersebut, lelaki terbabit dipercayai berada dalam pengaruh alkohol tiba-tiba mencekikny­a tanpa sebarang sebab.

Katanya, lelaki tersebut juga melafazkan kata-kata berbaur ugutan dan memberi amaran kepadanya jika beliau berani melawannya.

“Memandangk­an lelaki berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan syarikat, kami hanya mampu berdiam sahaja tanpa bertindak balas,” katanya.

Apa yang membimbang­kan pengadu dan rakannya lelaki tersebut mengeluark­an katakata yang tidak disenangi.

“Lelaki itu sanggup menghabisk­an wang mengupah ‘ orang di sini’ ( gengsters tempatan) jika kami berani membuat hal dengannya,” kata pengadu.

Paling malang, pengadu belum menerima gaji sejak bekerja hampir setahun dengan syarikat berkenaan di Papua New Guinea.

Katanya, beliau bersama seorang lagi rakan sekerjanya diarah pulang ke tanah air beberapa hari lalu atas urusan pembayaran gaji di sebuah cawangan syarikat kem pembalakan di sini.

Bimbang sesuatu tidak diingini berlaku selepas digertak lelaki itu, pengadu diiringi seorang rakan sekerjanya membuat laporan polis di Balai Polis Sentral kelmarin.

 ??  ?? PULANGLAH: Ida Pelar.
PULANGLAH: Ida Pelar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia