Utusan Borneo (Sarawak)

PERWANI ejen transforma­si peringkat komuniti: Rohani

-

BETONG: Kerajaan menyasar 100,000 Perkumpula­n Wanita (PERWANI) ditubuh di negara ini dengan setiap kumpulan terdiri daripada 10 hingga 20 ahli, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 11,024 kumpulan telah ditubuh seluruh negara dengan penyertaan seramai 151,688 ahli kumpulan berdaftar di bawah KPWKM.

“Di Betong sahaja sebanyak 11 kumpulan PERWANI ditubuhkan di sini dengan keanggotaa­n sebanyak 143 orang. Manakala 989 PERWANI di seluruh negeri ini dengan penyertaan 14,805 ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Komuniti PERWANI 1Malaysia peringkat PBB zon 5, Bahagian Betong sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Rabong, Gensurai, Layar dekat sini semalam.

Jelasnya, PERWANI bertindak sebagai penghubung masyarakat, menjadi mata dan telinga kerajaan atau secara ringkasnya sebagai ejen transforma­si peringkat komuniti.

Rohani menjelaska­n, selain menjadi ejen transforma­si PERWANI berperanan mempromosi kesejahter­aan masyarakat dengan mengenal pasti program atau aktiviti memberi faedah kepada masyarakat setempat.

“Komuniti PERWANI 1Malaysia diwujud pada 17 Mac 2013 hasil ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Bagi penyertaan PERWANI, pelbagai inisiatif program boleh dijalankan seperti pembanguna­n kapasiti yang melibatkan latihan dan kemahiran.

“Ini termasuk pembanguna­n masyarakat melibatkan kerohanian dan kebersihan, pembanguna­n sosial membabitka­n aspek kebajikan dan pembanguna­n kejiranan melibatkan program keselamata­n bersama AMANITA dan PDRM,” katanya.

Tambah Rohani, peningkata­n sasaran penubuhan PERWANI meningkat sebanyak 55.28 peratus berbanding awal penubuhann­ya.

“Jumlah ini menunjukka­n kesedaran wanita untuk turut serta sebagai mata, telinga kerajaan dalam memerangi jenayah dan ancaman keselamata­n negara semakin meningkat.

“Kumpulan ini bertindak sebagai ejen mempromosi penjagaan kesihatan, kebajikan dan keluarga kemahiran keusahawan­an dan tuisyen,” ujarnya.

Katanya lagi, kumpulan wanita warganegar­a Malaysia antara 10 hingga 20 orang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai minat dan kesungguha­n melaksana program kesukarela­wanan di kawasan komuniti masing- maisng dialu-alu menyertai PERWANI.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftara­n melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak(JWKS) atau laman web www. mywanita. gov. my

“Borang pendaftara­n perlu diserah kepada JWKS atau Pejabat Pembanguna­n Wanita Negeri ( PPWN). Manakala surat pelantikan dikeluar agensi ini di negeri masing-masing setelah permohonan lengkap diterima,” katanya.

Rohani turut menggesa agar lebih ramai wanita mengambil bahagian dan bergiat aktif dengan menyertai dan menjadi ahli PERWANI.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri(Dr) Alfred Jabu Numpang, Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak, Datuk Sri Empiang Jabu, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukeri,Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomuni­kasi) dan Menteri Muda Pembanguna­n Belia (Luar Bandar), Dr Stephen Rundi, Menteri Muda Kebajikan, Robert Lawson Chuat, ADUN Beting Maro, Razaili Gapor, ADUN Saribas, Mohamad Razi Sitam, ADUN Sadong Jaya, Aidil Lariwoo serta ahli majlis tertinggi PBB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia