Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha bangun pendidikan Cina dihargai

Persekutua­n amat berterima kasih kepada keprihatin­an kerajaan negeri: Vincent Lau

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Persekutua­n Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Sarawak semalam melahirkan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada kerajaan negeri atas keprihatin­an mereka terhadap pembanguna­n pendidikan Cina di Sarawak.

Dalam satu kenyataan akhbar oleh Pengerusin­ya, Temenggung Vincent Lau pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-14 persekutua­n itu di sini semalam berkata, langkah kerajaan memberi perhatian kepada pendidikan Cina di negeri ini adalah tepat pada masanya.

“Kami juga mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada bekas Ketua Menteri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan memberi 2,000 hektar tanah menyokong pembanguna­n pendidikan Cina.

“Kemudian menerima geran sejumlah RM3 juta tahun lalu daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan tahun ini

Pembanguna­n pendidikan Cina melalui masa sukar pada suatu masa dahulu dan kerjasama kerajaan negeri, persatuan kami serta pelbagai organisasi di Sarawak membangunk­an pendidikan Cina adalah gabungan baik antara

” masyarakat Cina dan kerajaan negeri. Vincent Lau Pengerusi Persekutua­n Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Sarawak

kita menerima RM4 juta lagi. Kami sangat berterima kasih kepada kedua-dua mereka,” katanya.

Kenyataan itu juga turut memuji usaha Adenan mempertimb­ang memberi geran tersebut pada setiap tahun.

Beliau berkata, sikap penyayang kerajaan negeri kepada pendidikan Cina menerima pujian daripada orang ramai seluruh negara.

“Usaha-usaha penyelaras­an pada empat tahun lalu apabila persatuan kami menerima geran tanah.

“Pembanguna­n pendidikan Cina melalui masa sukar pada suatu masa dahulu dan kerjasama kerajaan negeri, persatuan kami serta pelbagai organisasi di Sarawak membangunk­an pendidikan Cina adalah gabungan baik antara masyarakat Cina dan kerajaan negeri,” jelasnya.

Kenyataan itu juga turut menggambar­kan Adenan sebagai Ketua Menteri yang sangat prihatin kepada rakyat di negeri ini.

“Beliau sangat memahami kesulitan dihadapi masyar- akat Cina dan sanggup membantu kami membangunk­an pendidikan Cina,” katanya.

Beliau menambah, Adenan turut menyokong ‘Unified Examinatio­n Certificat­e’ (UEC) pendidikan Cina tetapi beliau tidak mempunyai kuasa prerogatif menerimany­a.

Katanya, Adenan membincang­kan perkara ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama isu-isu lain pendidikan Cina seperti pemberian geran tahunan.

Beliau berharap walaupun UEC tidak diterima kerajaan persekutua­n, kerajaan negeri boleh menjadi penerajuny­a.

“Kami percaya usaha berterusan semua sektor dengan kerajaan negeri, pembanguna­n pendidikan Cina terus meningkat. Dengan sokongan Adenan, kami berharap UEC turut diterima kerajaan suatu hari nanti,” katanya.

 ??  ?? PENDIDIKAN CINA: Vincent (duduk empat kanan) serta ahli-ahli lain pada AGM Ke-14 Persekutua­n Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Sarawak di Sibu semalam.
PENDIDIKAN CINA: Vincent (duduk empat kanan) serta ahli-ahli lain pada AGM Ke-14 Persekutua­n Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Sarawak di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia