Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n hudud di Kelantan wajar diteliti, diambil iktibar

-

KUCHING: Pelaksanaa­n hukum hudud di Kelantan sewajarnya dilihat lebih teliti oleh negeri lain terutamany­a kesan daripada pelaksanaa­nya nanti.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, kerajaan lain perlu melihat terlebih dahulu apa yang berlaku di Kelantan dan menjadikan ia sebagai iktibar.

“Ia sesuatu yang baharu kerana baharu sahaja diputuskan, maka lebih elok untuk kita melihat bagaimana implikasin­ya nanti dan ia adalah keputusan Kelantan untuk kerajaan mereka.

“Namun bagi tempat-tempat lain saya percaya perkara seperti itu harus dilihat dan diteliti lagi, di mana kita perlu melihat pelaksanaa­n mereka agar kesannya kita boleh ambil iktibar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Borneo Post Internatio­nal Education Fair (BPIEF) 2015 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK) di sini, semalam.

Tambah Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, dari segi Malaysia secara amnya Perdana Menteri sudah menjelaska­n bahawa ia perlu diteliti sebelum dilaksanak­an.

“Namun dalam konteks Kelantan, kita perlu lihat bagaimana Kelantan melaksanak­annya kerana ia keputusan kerajaan negeri mereka,” tegasnya.

Jumaat lepas, Kelantan mencipat sejarah sekali lagi apabila pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) diluluskan sebulat suara pada sidang DUN negeri itu.

Ini merupakan kali kedua undang-undang yang lebih dikenali hukum hudud itu diluluskan di dewan tersebut selepas kali pertama dibawa pada 1993.

Kesemua 44 ADUN iaitu 31 daripada PAS, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika enakmen tersebut diluluskan.

 ??  ?? HIJAUKAN BUMI: Awang Tengah menanam pokok sempena sambutan Hari Hutan Antarabang­sa Peringkat Negeri Sarawak 2015 di Kuching semalam.
HIJAUKAN BUMI: Awang Tengah menanam pokok sempena sambutan Hari Hutan Antarabang­sa Peringkat Negeri Sarawak 2015 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia