Utusan Borneo (Sarawak)

PBB Tupong wujud kelas tuisyen: Daud

-

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tupong akan terus memberi tumpuan kepada usaha memantapka­n bidang pendidikan dengan mewujudkan kelas tuisyen di beberapa sekolah yang memerlukan.

Ketuanya, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, tumpuan akan diberikan kepada sekolah yang tidak mendapat keputusan baik dalam peperiksaa­n awam.

Usaha itu, menurutnya, amat penting untuk memastikan kecemerlan­gan pelajar di setiap sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong adalah sama rata.

“PBB Cawangan Tupong menerusi Biro Pendidikan akan membantu sekolah yang memerlukan terutama untuk mewujudkan kelas tuisyen.

“Saya akan memberi bantuan dari segi dana untuk memastikan kelas tuisyen di sekolah tertentu dapat diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan UPSR, SPM dan STPM 2014 di sini, semalam.

Bagaimanap­un, jelasnya, pengetua dan guru besar juga perlu memainkan peranan dengan memaklumka­n mengenai keperluan sekolah masing-masing.

“Kita mahu pengetua dan guru besar maklumkan kepada kita mengenai keperluan kita. Menerusi permohonan mereka barulah kita tahu apa keperluan mereka,” ujarnya.

Daud yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) berkata, kekayaan sumber semula jadi tidak akan memberi sebarang manfaat kepada sesebuah negara sekiranya modal insan gagal dibangunka­n dengan sebaik mungkin.

“Oleh itu, pembanguna­n modal insan perlu diberi keutamaan untuk memastikan kemajuan sesebuah negara,” jelasnya.

Sementara itu, seramai 140 pelajar menerima insentif masing- masing selepas mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR, SPM dan STM dengan jumlah keseluruha­n RM40,400.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia