Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan galak kerjasama pendidikan antarabang­sa

Sekolah, universiti harus menyesuaik­an pengajian yang mampu penuhi keperluan majikan: Fatimah

-

Apabila membuka pintu kepada dunia, kita percaya pengajaran dan kaedahnya akan bertambah baik seperti pameran pendidikan antarabang­sa hari ini yang relevan dengan persekitar­an pendidikan

” masa kini. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga

KUCHING: Kerajaan menggalak kerjasama serta usaha sama antara institusi tempatan dan luar negara bagi membolehka­n memberi peluang pendidikan lebih baik kepada pelajar.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, seperti sedia maklum sekolah dan universiti harus menyesuaik­an pengajian yang mampu memenuhi keperluan majikan.

“Apabila membuka pintu kepada dunia, kita percaya pengajaran dan kaedahnya akan bertambah baik seperti pameran pendidikan antarabang­sa hari ini yang relevan dengan persekitar­an pendidikan masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ke- tika berucap merasmi Borneo Post Internatio­nal Education Fair (BPIEF) 2015. Majlis turut dihadiri Pengurus Besar Operasi Borneo Post dan Utusan Borneo Phyllis Wong, Pengurus Kawasan Kumpulan See Hua Wong Sing Seng dan Pengerusi BPIEF Dorge Rajah bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Kata Fatimah, pameran itu juga menambah pengetahua­n berkaitan pelajaran yang dapat dikongsi di samping memperkasa usaha melahir pelajar berupaya memenuhi pasaran kerja.

Fatimahjug­apenaungBP­IEF berkata, sebagai inisiaitf bukan kerajaan, BPIEF menjadi venue penting kepada sektor awam dan swasta dalam menyedia peluang pendidikan tinggi dan maklumat terkini.

“Ia akan memberi peluang mengenai hala tuju serta latihan sesuai kepada anak kita yang memasang impian melanjut pengajian masing-masing.

“Pameran seperti ini penting supaya kita dapat memenuhi permintaan semakin meningkat bagi pendidikan berkualiti kepada belia,” ujarnya.

Selain menyedia maklumat pendidikan tinggi , BPIEF katanya menawar khidmat perundinga­n kepada pengunjung terutama pelajar tidak mengetahui hala tuju bidang masing-masing.

“Dalam konteks membimbing dan membantu pelajar, kita membuat keputusan mengenai bidang dan institusi lebih sesuai dengan keperluan, keupayaan kewangan dan faedah serta keperluan tenaga kerja,” kata Fatimah.

Hadir sama majlis perasmian Pengarah Pendidikan Negeri Serina Sauni dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Noriah Ahmad.

 ??  ?? Oleh Jessica Jawing
Oleh Jessica Jawing
 ??  ?? SELAMAT DATANG: Phyllis (kliri) dan Dorge (kanan) serta yang lain mengiringi Fatimah (tengah) yang tiba di BCCK merasmikan majlis pelancaran BPIEF edisi keenam semalam.
SELAMAT DATANG: Phyllis (kliri) dan Dorge (kanan) serta yang lain mengiringi Fatimah (tengah) yang tiba di BCCK merasmikan majlis pelancaran BPIEF edisi keenam semalam.
 ??  ?? BERGAYA: Fatimah (empat kanan) diiringi Phyllis (dua kanan), Serina (tiga kanan) dan Noriah (kanan) beraksi dengan hasil kulinari pempamer yang terlibat.
BERGAYA: Fatimah (empat kanan) diiringi Phyllis (dua kanan), Serina (tiga kanan) dan Noriah (kanan) beraksi dengan hasil kulinari pempamer yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia