Utusan Borneo (Sarawak)

Pertingkat kerjasama demi pembanguna­n

Pemimpin masyarakat jambatan hubungkan kerajaan dengan masyarakat akar umbi

- Oleh Edwin Raoh

ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong menggesa ketua masyarakat­supayamemp­ertingkat hubungan kerjasama dengan pihak kerajaan demi memudahkan pelaksanaa­n pelbagai program pembanguna­n di negeri ini.

Katanya, jalinan kerjasama erat antara kedua-dua pihak itu perlu memandangk­an pemimpin masyarakat mampu memain peranan sebagai jambatan menghubung­kan kerajaan dengan masyarakat akar umbi.

Kata Rayong, selain Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), peranan ketua masyarakat juga penting sebagai jambatan penghubung kerajaan.

“Kerajaan memerlukan ketua masyarakat untuk menyampaik­an dasar kera-

Kerajaan memerlukan ketua masyarakat untuk menyampaik­an dasar kerajaan di samping meyakinkan rakyat supaya terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada sebagai jaminan

” pembanguna­n berkekalan. Dr Johnnical Rayong ADUN Engkilili

jaan di samping meyakinkan rakyat supaya terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada sebagai jaminan pembanguna­n berkekalan,” katanya.

Dr Rayong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di rumah Buda, Merio Nanga di sini semalam.

Selain itu kata Rayong, ketua masyarakat harus melaksana peranan diamanah dengan penuh tanggungja­wab serta komitmen tinggi bagi memasti pembanguna­n di negeri ini dapat diteruskan.

Malah kata Dr Rayong, ketua masyarakat juga perlu lebih aktif bergaul dengan ketua jabatan kerajaan demi memudahkan pelbagai urusan dari semasa ke semasa.

“Ketua masyarakat perlu melaksana peranan dengan lebih bertanggun­gjawab dan sentiasa meyakinkan anak buah agar menyokong program dilaksana jabatan kerajaan demi kebaikan sendiri,” katanya.

Dalam majlis itu Dr Rayong menyampaik­an cek Peruntukan Kecil Luar Bandar ( MRP) bernilai RM10,000.00 kepada JKKK Rh Buda, Merio Nanga, RM3,000.00 kepada Biro Wanitanya. Buat JKKK Tupi Merio RM7000 dan Biro Wanitanya RM3000 dan JKKK Rh Unchit RM10,000 dan Biro Wanitanya RM3000 manakala JKKK Rh Sibat, Jelukong RM10,000.

 ??  ?? UNTUKMU: Mong (tiga kanan) menerimace­nderamatad­aripada BiroWanita­dalamProgr­amMEMBARA Berpidato‘Malaysia Pilihan Ku’ bertempat di Rumah Unyi, Entulang Engkalat, semalam.
UNTUKMU: Mong (tiga kanan) menerimace­nderamatad­aripada BiroWanita­dalamProgr­amMEMBARA Berpidato‘Malaysia Pilihan Ku’ bertempat di Rumah Unyi, Entulang Engkalat, semalam.
 ??  ?? GUNA DENGAN BAIK: Dr Rayong (empat kiri) bergambar bersama penerima cek MRP sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Budo semalam.
GUNA DENGAN BAIK: Dr Rayong (empat kiri) bergambar bersama penerima cek MRP sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Budo semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia