Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Kolej IBS lawat ibu pejabat PDRM Miri

-

MIRI: Seramai 30 pelajar Kolej IBS Miri diiringi pensyarah pada 19 Mac lalu telah mengadakan lawatan khas ke ibu pejabat Polis Diraja Malaysia, Miri.

Diterajui dan dianjurkan pelajar Sekolah Perniagaan dan Sekolah Pengurusan Keselamata­n, ia bertujuan mendalamka­n pemahaman mengenai organisasi serta pengurusan pasukan polis.

Antara lain, mereka berpeluang mempelajar­i sistem organisasi jabatan polis serta tugas dan tanggungja­wab anggota polis.

Semasa lawatan, rombongan menghadiri satu ceramah khas yang disampai oleh DSP Collin, ketua pencegah jenayah dan keselamata­n komuniti.

Selain mempelajar­i sistem pengurusan pasukan polis, pelajar juga mendapat maklumat mengenai kriteria dan proses permohonan untuk menjadi seorang anggota polis.

Tambahan pula, mereka turut belajar bagaimana untuk membantu polis dalam mengekal keselamata­n dan keselamata­n awam.

“Lawatan ini membolehka­n kami mempelajar­i lebih lanjut mengenai kerja polis dan yang penting, kelayakan akademik untuk menyertai jabatan polis,” kata salah seorang pelajar.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarak­atan Kolej IBS yang menjadi platform kepada pelajar mengaplika­si pengetahua­n dan kemahiran dipelajari.

Kolej IBS merupakan kolej swasta pertama di Malaysia Timur menawarkan program Diploma Keselamata­n dan Pengurusan Keselamata­n yang mendapat pengiktira­fan Ke- menterian Pendidikan Malaysia bertujuan melahir graduan menceburi kerjaya keselamata­n seperti polis.

Selain itu, ia juga menawarkan program perniagaan dan pengurusan pada peringkat sijil, diploma dan ijazah.

Tarikh pendaftara­n baharu adalah pada 27 April 2015. Para lepasan SPM dan STPM dinasihati tidak melepaskan peluang ini. Layarilah laman www.ibs. edu.my atau hubungi 085-438666 untuk keterangan lanjut.

 ??  ?? KENANGAN: DSP Collin (duduk, tengah) bersama pengetua Kolej IBS Dr Antony Hii (duduk, kiri), seorang anggota PDRM (duduk, kanan) serta pensyarah dan pelajar Kolej IBS bergambar kenangan di ibu pejabat PDRM Miri.
KENANGAN: DSP Collin (duduk, tengah) bersama pengetua Kolej IBS Dr Antony Hii (duduk, kiri), seorang anggota PDRM (duduk, kanan) serta pensyarah dan pelajar Kolej IBS bergambar kenangan di ibu pejabat PDRM Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia