Utusan Borneo (Sarawak)

PIBAKIS terima sumbangan RM50,000 kutipan jogaton

-

MIRI: Dermaberju­mlahRM50,000 berjaya dikutip dalam aktiviti jogaton amal ‘CareRun Together’ yang diadakan di Lutong pagi semalam.

Dana disumbang kepada Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa (PIBAKIS) untuk projek pembinaan premis baharu yang terletak berhampira­n dengan SMK Lutong.

Daripada jumlah itu, RM20,000 disumbang oleh Green Summit Developmen­t Sdn Bhd yang juga penganjur utama aktiviti ini.

Cek dari Green Summit disampai oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kaunselor James Hii kepada Presiden PIBAKIS Miri Chiam Yun Chaw.

Hadir sama ialah Pengerusi penganjur, Rupert Hii dan Presiden PIBAKIS Miri Chiam Yun Chaw.

Datuk Bandar, Lawrence Lai berkata, penganjura­n aktiviti amal itu menunjukka­n rasa prihatin dan kasih sayang masyarakat terhadap golongan memerlukan.

Beliau berbangga dengan usaha Green Summit serta penganjur bersama Kelab Lions Miri Mandarin dan Kelab Lions Miri Seahorse dalam menjayakan aktiviti tersebut.

“Larian amal ini turut membantu mempromosi kepentinga­n gaya hidup sihat dengan menggalak penduduk untuk bersenam demi menjaga kesihatan tubuh badan.

“Penyertaan penduduk khasnya golongan belia dalam aktiviti ini merupakan peluang bercampur gaul dengan masyarakat termasuk kumpulan tidak mampu,” jelasnya.

Larian sejauh 5 kilometer itu disertai lebih 300 penduduk termasuk kanak-kanak istimewa dari PIBAKIS.

Untuk kategori A (bawah 21 tahun) lelaki dan perempuan, pemenang ialah Welta Igum dan Chelsea Cliphut.

Untuk kategori B (22 hingga 50 tahun), pemenang ialah Awang Hafizan dan Robiah Madli.

Untuk kategori C (51 tahun ke atas) pemenang ialah Wong Siew Ming dan Wong King Chui.

Mengenai projek bangunan PIBAKIS, ia melibatkan perbelanja­an sebanyak RM4 juta membabitka­n kawasan seluas satu ekar.

Bangunan dua tingkat itu kini dalam proses pembinaan dan masih memerlukan dana daripada orang awam untuk siap sepenuhnya.

Tingkat bawah mempunyai pejabat am, dapur, bilik makan, dewan serba guna, bilik snoozeleen, bilik SI, bilik fisioterap­i, bilik kraf dan tujuh bilik darjah. Tingkat pertama mempunyai bilik persidanga­n, perubatan, kaunseling, bilik kuliah/IT, perpustaka­an permainan, bilik jawatankua­sa, tiga bilik darjah dan stor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia