Utusan Borneo (Sarawak)

Ganti tuai rumah sudah uzur: Mong

-

SRI AMAN: Penghuni rumah panjangbol­ehmenggant­ikantuai rumahyangs­udahuzurda­ntidak mampu melaksana tugas lagi, kata Menteri Muda Pertanian (Penyelidik­an dan Pemasaran), Datuk Mong Dagang.

Menurutnya, tuai rumah yang sudah uzur perlu diganti memandangk­an khidmat mereka perlu diteruskan demi memajukan rumah panjang atau kampung masing-masing.

“Penduduk rumah panjang boleh mengundi atau melantik tuai rumah sendiri. Jangan biar tuai rumah sudah uzur menguruska­n hal ehwal rumah panjang kerana ia boleh memudaratk­an lagi kesihatann­ya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bukit Begunan berkata demikian ketika berucap merasmi Program MEMBARA Berpidato ‘Malaysia Pilihan Ku’ bertempat di Rumah Unyi, Entulang Engkalat di sini, semalam.

Katanya, pemilihan pula biarkan mereka daripada kumpulan layak memimpin dan sedia bekerjasam­a dengan kerajaan.

Selain itu Mong juga menasihat Jawatankua­sa Ke- majuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) atau Biro Wanita tidak menyalahgu­nakan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disalur kerajaan menerusi wakil rakyat mereka.

“Tujuan MRP adalah untuk membantu membangunk­an hiduprakya­ttermasukm­emberi faedahbesa­rterhadapp­enduduk rumah panjang jika ia diguna dengan betul,” katanya.

Mong pada majlis itu mengumum peruntukan MRP sebanyak RM15,000 kepada JKKK Rumah Unyie, Entulang Engkalat dengan RM5,000 lagi diumum untuk biro wanita rumah panjang tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi, wakil IPD Sri Aman, S.I Rufus Ikau, para pegawai kerajaan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum sekitar Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia