Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan jambatan bakal akhiri penantian rakyat Baram

-

MIRI: Penantian lebih 20,000 penduduk Baram untuk pembinaan j ambatan m e n g - hubungkan Pekan Long Lama bakal berakhir.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau Jok berkata, beliau penuh yakin pembinaann­ya bakal mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan.

“Saya yakin pembinaan jambatan Long Lama akan jadi kenyataan pada tahun ini dan kerajaan bakal meluluskan­nya,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Keyakinan tinggi beliau berdasarka­n tindakan dan ketegasan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang memberikan tumpuan penuh kepada pembanguna­n di luar bandar atau pedalaman.

“Sebab itu saya yakin, Adenan seorang yang melakukan apa yang dikata dan menunaikan janjinya,” jelas Dennis lagi.

Beliau sebagai ADUN turut melaksana tugas apabila membawa isu pembinaan jambatan itu ke dalam setiap mesyuarat.

“Saya turut mengajukan perkara yang sama setiap kali persidanga­n. Itu tanggungja­wab saya, anda boleh semak semua itu,” ujar beliau lagi.

Pada Khamis lalu, Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Perhubunga­n Sarawak Dato Sri Michael Manyin Jawong melawat tapak cadangan pembinaan jambatan Long Lama yang dianggar memakan belanja sekitar RM135 juta.

Bagaimanap­un, beliau bakal membawa perkara itu dalam mesyuarat kabinet untuk kelulusan serta peruntukan.

 ??  ?? DENNIS
DENNIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia