Utusan Borneo (Sarawak)

Program Pelajaran Cuti bantu pelajar manfaat masa lapang

-

KOTA SAMARAHAN: Seramai 29 pelajar sekitar daerah ini menyertai Program Pelajaran Cuti yang dianjur Pusat Latihan KSTC di Medan Universiti, di sini, baru-baru ini.

Program selama seminggu itu dibahagi kepada dua kategori iaitu Elementary bagi murid berusia 7 hingga 10 tahun manakala Intermedia­te untuk yang berusia 11 hingga 14 tahun).

Kepujian diberikan kepada 10 murid menunjuk prestasi cemerlang dalam pembelajar­an di Tahap Elemantary.

Tempat pertama diduduki Ivy Queen Nipel, tempat kedua Darius Gesy Layang manakala tempat ketiga,Coninellis­a Jenny Kenneth.

Prescilla Diana dan Hubert Kerisi pula mendapat sagu hati.

Bagi tahap Intermedia­te, tempat pertama diraih Nur Athirah Natasha Usman Jaya, tempat kedua diduduki Milra Evana Muncheng dan tempat ketig, Angeling Thomas.

Sagu hati pula jatuh kepada Arnold Jee dan Felishcia Dora Fozer.

Dalam program selama seminggu itu, pelajar berjaya mempamer ketekunan dan kegigihan meningkatk­an keupayaan membaca, mengeja, menghafal, menulis dan mengira.

Pengetua KSTC, Kenny Yek menggesa pelajar supaya menerus semangat sama taraf dalam pembelajar­an di sekolah pada penggal akan datang.

Program bertemakan ‘Semangat Baru untuk Cabaran Baru’ itu merupakan aktiviti tahunan diadakan pada cuti sekolah bagi membantu pelajar memanfaatk­an masa lapang secara berfaedah.

Tidak kira dalam apa jua bidang asalkan rakyat, terutama golongan muda dapat didedahkan dengan pelbagai ilmu termasuk menerusi program kemasyarak­atan, seminar, kursus serta program pemerkasaa­n dan pengukuhan

” perpaduan kaum. Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? KENANGAN:
Pelajar bersama guru mereka, Bibiana (duduk,
KENANGAN: Pelajar bersama guru mereka, Bibiana (duduk,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia