Utusan Borneo (Sarawak)

Musim udang merah amat menggembir­akan nelayan

-

MUKAH: Kehadiran musim udang merah amat menggembir­akan para nelayan pesisir pantai di Mukah.

Rata-rata perahu nelayan jenis ‘tangsi’ turun ke laut jam 6 pagi memperoleh­i tangkapan ‘payak’ yang banyak dan ada mendapat udang putih sehingga berlaku penurunan harga sebelum ini RM15 sekilogram sehingga RM3 sekilogram.

Manakala jualan udang putih ‘sualo’ turut turun sehingga RM10 sekilogram berbanding sebelum ini RM30 sekilogram.

Menurut seorang penjaja, Wadi Norsidi, 38, setiap perahu nelayan turun ke laut pada awal pagi mendapat hasil tangkapan udang merah dengan kuantiti yang banyak.

Katanya, musim ‘payak’ sudah tiba dan mereka menjual dengan harga serendah RM3 sekilogram berbanding sebelum ini RM10 hingga RM15 sekilogram.

Selain udang merah, udang putih banyak diperolehi sehingga harga termurah dalam sejarah iaitu RM10 sekilogram.

“Kehadiran musim udang merah menjadikan nelayan dan penjaja di sini meletakkan harga ‘mesra pelanggan’ malah ada yang mem- perolehi tangkapan dari jaring dan kerja sendiri mengambil secara percuma.

“Jaring nelayan pukat tunda di Mukah banyak mendapat hasil tangkapan udang merah berbanding ikan. Pelanggan yang ingin mendapatka­n udang merah boleh mendapatka­n di pasar sementara di tebingan Mukah. Kerana udang merah dijual dilonggok sepanjang laluan jalan kaki,” katanya.

Menurutnya, harga mesra pelanggan jarang berlaku melainkan penjaja meletakkan harga termurah untuk pelbagai hasil tangkapan laut.

“Ini adalah petanda bahawa kedatangan musim Kaul di Mukah sudah dekat. Selalunya nelayan di sini mendapat tangkapan lumayan pada musim pra-Kaul sehingga Jun,” katanya.

Seorang nelayan, Kiong Supin, 60 memberitah­u bahawa beliau turun ke laut seawal jam 6 pagi ditemani adiknya berjaya memuatkan lebih 200 kilogram udang merah.

Katanya, tidak sampai dua jam perahu mereka sarat dengan tangkapan udang merah. Sebelum jam 8 pagi mereka balik ke daratan memasuki Batang Mukah dan menjual hasil tangkapan dengan harga yang murah.

“Jika harga dikenakan terlalu tinggi tentunya hasil tangkapan mereka tidak laris dan inilah masanya jualan murah dengan pelanggan. Manakala rakan-taulan dan sanak saudara bertandang ke perahu diberi percuma,” katanya.

 ??  ?? BANYAK: Wadi menunjukka­n udang merah banyak diperolehi para nelayan di Mukah ini sebelum Pesta Kaul Mukah tahun ini.
BANYAK: Wadi menunjukka­n udang merah banyak diperolehi para nelayan di Mukah ini sebelum Pesta Kaul Mukah tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia