Utusan Borneo (Sarawak)

Beri kerjasama kepada tuai rumah

Sokongan pastikan tanggungja­wab dilaksana lebih efektif: Alexander

- Oleh Watt Zacchaeus

Sokongan semua amat penting bagi menentukan hala tuju pembanguna­n di rumah panjang. Tanpa semangat itu agak sukar sesebuah rumah panjang maju ke hadapan.” Alexander Vincent ADUN Ngemah

KANOWIT: Setiap penduduk rumah panjang diminta sentiasa bekerjasam­a dengan tuai rumah mereka dalam apa juga urusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Alexander Vincent berkata ini penting bagi memudahkan tuai rumah menjalanka­n tanggungja­wab mereka dengan lebih efektif.

“Berikan kerjasama dan sokongan penuh kepada tuai rumah agar segala masalah di sekeliling serta masalah berkaitan dapat diatasi secara muafakat demi manfaat bersama.

“Sokongan semua amat penting bagi menentukan hala tuju pembanguna­n di rumah panjang. Tanpa semangat itu agak sukar sesebuah rumah panjang maju ke hadapan,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Catherine Pinit, Rantau Dilang di sini kelmarin.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Maurice Giri, Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail, Penyelia KEMAS Daerah Kanowit Edwin Giri, Penghulu Juin Adan dan Tuai Rumah Catherine.

Pada majlis itu, Alexander turut menyampaik­an sijil pelantikan tuai rumah kepada Catherine disaksikan sekitar 200 penduduk yang hadir.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa penduduk rumah panjang agar tidak membelakan­gkan tuai rumah dalam apa juga urusan.

“Sebagai ketua dan tuai rumah bertanggun­gjawab ke atas semua. Oleh itu, hormati ketua rumah panjang bagi menyuaraka­n apa-apa masalah kepada pihak berkenaan,” jelasnya.

Alexander turut mengingatk­an tuai rumah dilantik agar memberi komitmen tinggi dalam tugasan mereka serta bersikap adil.

Beliau berharap agar penduduk di kawasan Rantau Dilang bersabar menunggu projek pembanguna­n yang dijalankan.

Dalam perkembang­an lain, beliau menasihatk­an penduduk agar tidak terpangaru­h dengan hasutan individu tertentu yang mahu memburukka­n kerajaan.

“Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja mampu bekerja untuk rakyat bagi mengecapi pelbagai pembanguna­n.

“Kerajaan tidak mampu membantu sekiranya tersilap langkah memilih pembangkan­g pada pilihan raya akan datang,” jelasnya.

Mengenai masa depan pembanguna­n di Rumah Catherine, Alexander memohon agar penduduk menulis surat bagi memohon bekalan air dan elektrik memudahkan wakil rakyat membawa perkara tersebut untuk diluluskan kepada pihak terbabit.

Sementara itu, Alexander meluluskan beberapa projek seperti membina rumah, membaiki rumah, jeti dan jambatan bagi kemudahan rakyat di kawasan Rantau Dilang.

Beliau turut memberi bantuan sejumlah RM30,000 kepada Rumah Catherine.

Ini bagi kegunaan penduduk Rumah Catherine sepanjang 25 pintu membaiki atap rumah iaitu RM1,000 sepintu dan RM5,000 lagi untuk projek air paip.

 ??  ?? BERSAMA RAKYAT: Alexander (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Catherine pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rantau Dilang di Kanowit, kelmarin.
BERSAMA RAKYAT: Alexander (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Catherine pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rantau Dilang di Kanowit, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia