Utusan Borneo (Sarawak)

Kes HFMD di S’wak meningkat

-

SARIKEI: Penyakit kaki, tangan dan mulut ( HFMD) di Sarawak dilaporkan menunjuk peningkata­n sejak kebelakang­an ini sehingga ia telah diisytihar sebagai wabak, kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Kesihatan Bahagian, Dr Teh Jo Hun.

Katanya, penyakit HFMD merupakan penyakit menyerang dengan cepat, gejala teruk dan boleh berlaku dalam tempoh singkat.

“Golongan berisiko besar dan terdedah dijangkiti HFMD ini adalah kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah. Penyakit ini mudah tersebar melalui beberapa cara seperti sentuhan langsung dengan air liur, hingus, cecair ruam, makanan atau permukaan dicemari cecair badan orang dijangkiti HFMD,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Program ‘Tagang’ HFMD anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei yang telah diadakan di Central Market Baharu, dekat sini, semalam.

Jelasnya, HFMD amat mudah merebak pada minggu pertama apatah lagi didorong oleh faktor cuaca panas dan tidak menentu sejak kebekangan ini.

Menurut Dr Teh, masyarakat harus tahu beberapa perkara terutama berkaitan gejala utama penyakit ini merebak khususnya tanda utama HFMD.

“Tanda utama penyakit ini seperti demam, ruam dan ulser dalam mulut, lepuh berair pada tapak tangan dan kaki serta kurang selera makan minum. Bagi kanak-kanak menghidap penyakit ini, mereka akan berasa kesakitan apabila lepuh pecah dan terkena air.

“Masyarakat harus sedar, tiada rawatan khusus merawat penyakit ini. Rawatan diberi pada masa kini hanya melegakan tanda yang dihadapi oleh pesakit,” kata Dr Teh.

Justeru, kata Dr Teh, langkah paling efektif ialah mengawalny­a melalui amalan hidup sihat termasuk mengutama kebersihan diri sepanjang masa.

“Salah satu langkah pencegahan berkesan adalah melalui amalan cuci tangan dengan bersih. Amalan cuci tangan dengan bersih harus dipraktis bermula dari rumah terutamany­a dalam kalangan kanak-kanak.

“Ibu bapa juga dinasihatk­an agar membersihk­an diri dan mencuci tangan dengan sebersihny­a sebelum menyentuh anak-anak terutamany­a apabila balik dari kerja. Kerja pembersiha­n di rumah juga harus dilakukan dengan cecair nyah kuman,” katanya.

Secara kesimpulan­nya, kata Dr Teh, penyakit HFMD dapat dicegah daripada berjangkit melalui amalan mencuci tangan dan amalan kebersihan diri.

Program ‘ Tagang’ HFMD anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei ini diadakan untuk meningkatk­an kesedaran ibu bapa tentang penyakit HFMD termasuk saringan kesihatan seperti pemeriksaa­n tekanan darah, pameran dan khidmat nasihat kesihatan.

Sekitar 200 orang berkunjung ke program ini sepanjang ia dilangsung­kan selama setengah hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia