Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Mandarin Repok cari calon usahawan muda kreatif

-

SARIKEI: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Mandarin cawangan Repok mengelola pencarian Anugerah Usahawan Muda Kreatif Junior Chamber Internatio­nal (2015 JCI CYEA) kali ketujuh untuk mencari usahawan muda Malaysia paling kreatif.

Pengerusi penganjur, Lim Zhi Hong berkata, pencalonan bagi Anugerah Usahawan Muda Kreatif Junior Chamber Internatio­nal (2015 JCI CYEA) kini dibuka sehingga 31 Mei 2015.

“Anugerah JCI CYEA dianjur JCI Petaling Jaya bagi pihak JCI Malaysia. Anugerah ini menerima sokongan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), Kementeria­n Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Kementeria­n Pengajian Tinggi (MoHE) dan Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau & Air ( KeTTHA),” katanya ketika menghubung­i media semalam.

J l di i

i terbuka kepada semua usahawan muda beusia 18 hingga 40 tahun, warganegar­a dan calon perlu menjadi pemilik atau pengurus yang menggunaka­n kreativiti dalam pembanguna­n produk, perkhidmat­an, pembanguna­n pendekatan termasuk pasaran unik meningkatk­an perubahan positif.

Menurut Lim, proses pemilihan pemenang melalui pelbagai peringkat bermula daripada pencalonan melalui laman web diikuti dengan pemilihan 10 finalis oleh hakim tempatan bebas pelbagai industri dan profesion.

“Sepuluh finalis teratas kemudian dikehendak­i untuk melakukan presentasi selama lima minit mengenai penyertaan masing-masing dan ditemu duga sebelum hakim memilih pemenang 2015 JCI CYEA.

“Pihak JCI menggesa lebih ramai usahawan muda dari Sarawak daripada pelbagai bangsa dan latar belakang berlainan meny

i h 2015 JCI CYEA ini. Anugerah ini bukan sahaja satu platform usahawan muda berkembang dan meningkat kerjaya malah ia meningkat reputasi industri serta negara dalam bidang kreativiti,” katanya.

Beliau juga menggalak lebih ramai usahawan muda bersemanga­t untuk mengambil bahagian dalam anugerah prestij ini.

Katanya, kemenangan anugerah ini pasti akan membawa kepada pengiktira­fan membanggak­an kepada usahawan muda dalam kerjaya pada masa depannya.

Pencalonan adalah percuma melalui laman web, www.jcicyea. com.my dan tarikh tutup penyertaan sehingga Ogos 2015.

Pemenang akan diumumkan di Majlis Anugerah JCI CYEA pada September 2015.

Untuk maklumat lanjut tentang 2015 JCI CYEA, bolehlah menghubung­i Pengerusi Penganjur, Lim Zhi Hong di talian 012-216 3166, e-mel ke nomination@jcicyea.com.my atau lawati laman

b j i

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia