Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk tidak berpuas hati kontraktor gagal siap jalan

-

SIBU: Sekumpulan penduduk Kampung Seduan Jaya/Block Jalan Oya Sibu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap hasil kerja kontraktor dilantik membina jalan raya kepada mereka.

Bendahari Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Seduan Jaya/ Block Jalan Oya Sibu, Tanjung Dung- gan dalam satu kenyataan mendakwa kontraktor terbabit gagal menghabisk­an kerja mereka.

Katanya, sekurang-kurang 300 meter jalan yang menghubung­kan beberapa buah rumah ke jalan utama tidak disiapkan.

Selain itu, bahagian parit yang menjadi sebahagian daripada skop kerja kon- traktor terbabit juga tidak dibina.

“Kami dimaklumka­n bahawa kontraktor terbabit telah dilantik membina jalan berkenaan dengan kos sejumlah RM500,000.

“Namun, hasil kerja mereka tidak setimpal dengan nilai projek dan keadaan ini menyebabka­n penduduk tidak berpuas hati,” katanya.

Tanjung berkata, keseluruha­n jalan berkenaan sepanjang kira-kira 800 meter.

Bagaimanap­un, jalan yang dibina kontraktor terbabit hanya sekitar 500 meter sahaja.

“JKKK telah pun membincang­kan perkara tersebut dan sebulat suara meminta kontraktor terbabit kembali semula menyiapkan kerja mereka,” jelasnya.

Selain itu, Tanjung memohon pihak berkenaan termasuk wakil rakyat memberi perhatian dalam perkara tersebut.

Menurutnya, rata-rata penduduk mendiami kampung tersebut sejak 20 tahun lalu.

“Adalah tidak adil sekiranya mereka diabaikan dari segi kemudahan infrastruk­tur itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia