Utusan Borneo (Sarawak)

Swasta diseru sertai ‘SafeCam Partnershi­p’

Syarikat ada kemudahan CCTV harus bantu polis cegah jenayah di S’wak: Burhanuddi­n

- Oleh Sandy Mark Luna

KUCHING: Lebih banyak syarikat swasta diseru untuk menyertai program ‘ SafeCam Partnershi­p’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyokong usaha mencegah jenayah di Sarawak.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamata­n Komuniti Kontinjen Sarawak SAC Burhanuddi­n Abdul Majid berkata, program yang dimulakan pada 2012 itu setakat ini hanya mencatatka­n 10 ahli termasuk pihak berkuasa tempatan di Kuching, manakala di Padawan, lapan buah syarikat.

“Saya ingin menyeru kepada semua syarikat swasta yang mempunyai kemudahan CCTV (kamera litar tertutup) untuk menyokong program ini sebagai langkah pencegahan jenayah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program Hari Kesedaran Jenayah dan Majlis Menandatan­gani Perjanjian

Saya ingin menyeru kepada semua syarikat swasta yang mempunyai kemudahan CCTV (kamera litar tertutup) untuk menyokong program ini sebagai langkah

“pencegahan jenayah. SAC Burhanuddi­n Abdul Majid Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamata­n Komuniti Kontinjen Sarawak

Persefaham­an (MoU) PDRM ‘ SafeCam Partnershi­p’ di Dewan Serbaguna Siburan di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah ( KPD) Padawan Superinten­den Ng Ah Lek dan Timbalan KPD DSP Yap Fui Lee.

Program itu membolehka­n polis meluaskan akses dan pemantauan menerusi CCTV yang dipasang syarikat ko- rporat dan pemilik premis persendiri­an.

CCTV yang dipasang oleh ahli- ahli program perlu mempunyai kamera 2 mega piksel dengan kos sendiri, mengikut syarat ditetapkan dalam MoU bersama PDRM.

Menerusi program itu juga, polis juga akan meningkatk­an rondaan di kawasan-kawasan terbabit.

Burhanuddi­n ketika diminta mengulas mengenai indeks jenayah di Sarawak memberitah­u, tempoh Januari hingga 19 Mac menyaksika­n 1,585 kes dicatatkan berbanding tempoh sama tahun lepas, 1,819 kes, sekali gus menyaksika­n penurunan sebanyak 11.2 peratus.

“Kes jenayah di Sarawak dalam tempoh Januari hingga Mac menurun. Namun secara keseluruha­n, kes pecah rumah dan kecurian motosikal didapati sebagai kes yang kerap berlaku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia