Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Padawan bercadang Pusat Sehenti beri khidmat lebih baik

-

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan bercadang untuk mewujudkan Pusat Sehenti atau ‘ One Stop Centre’ dalam usaha menyampaik­an perkhidmat­an lebih baik kepada masyarakat setempat.

Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superinten­den Ng Ah Lek berkata, kemudahan itu akan menyediaka­n akses lebih baik khasnya bagi pengadu kes jenayah atau trafik apabila mereka dapat membuat aduan dan berjumpa pegawai penyiasat di bawah satu bumbung, tanpa berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat.

“Bagaimanap­un, ia masih di peringkat cadangan. Kita bercadang untuk mewujudkan ‘ One Stop Centre’ di Balai Polis Kota Sentosa kerana lokasinya berada di pusat ( pentadbira­n IPD Padawan),” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Hari Kesedaran Jenayah dan Majlis Menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an ( MoU) PDRM ‘ SafeCam Partnershi­p’ di Dewan Serbaguna Siburan di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamata­n Komuniti Kontinjen Sarawak SAC Burhanuddi­n Abdul Majid dan Timbalan KPD DSP Yap Fui Lee.

Ditanya jangka masa penubuhan kemudahan itu, beliau berkata, ia terpulang kepada pihak pengurusan atasan untuk meluluskan projek tersebut.

“Cadangan tersebut telah saya kemukakan, namun terpulang jika projek ini diluluskan,” katanya.

Terdahulu, pada sesi dialog bersama penduduk setempat, Ng memberitah­u, polis akan meningkatk­an kehadiran di sekolah- sekolah menengah bagi menyemaika­n kesedaran mengenai pencegahan jenayah.

Usaha membantera­s jenayah perlu ditanam dalam masyarakat di peringkat awal iaitu dari bangku sekolah, katanya, sambil menambah polis akan mengadakan ceramah mengenai keselamata­n dan pencegahan jenayah dari satu sekolah ke satu sekolah dalam masa terdekat.

Dalam program ‘Community Policing’ itu, beberapa penduduk turut menyuaraka­n beberapa perkara termasuk kes judi atas talian di Padawan dan beberapa kes jenayah lain.

IPD Padawan ditubuhkan pada 1 Julai 2013 dan ketika itu Superinten­den ( B) Pauzi Bujang dilantik sebagai ketua polis daerah yang pertama.

 ??  ?? NG
NG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia