Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej SEGi tawar program Diploma Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak

-

KUCHING: Program Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak menjadi antara industri terpenting di negara ini dan merupakan sektor yang semakin pesat membangun di seluruh dunia.

Malah, kerajaan persekutua­n memberi penekanan khusus kepada pemain industri Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak sejajar dengan pembanguna­n arus semasa negara yang dipercayai harus bermula dari pendidikan awal yang kukuh dari peringkat kanak-kanak lagi.

Hasil dan dasar kebangsaan bagi Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak juga dirumus bagi memastikan kanak-kanak diperkenal dengan program itu sekali gus memenuhi pelbagai keperluan penting untuk perkembang­an pendidikan bermula dari usia bayi hingga enam tahun.

Program itu juga disusun sebagai platform asas yang kukuh untuk pertumbuha­n dan perkembang­an sihat bertujuan meningkatk­an kesediaan kanak-kanak sebelum menghadapi pendidikan di peringkat sekolah rendah.

Di Malaysia, Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak- Kanak dibahagika­n kepada dua kumpulan iaitu bayi hingga empat tahun dan empat hingga enam tahun.

Kumpulan pertama (0-4 tahun) adalah di bawah seliaan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengendali­kan maklumat mengenai pusat-pusat penjagaan kanakkanak (yang juga dikenali sebagai TASKA) di negara ini.

Manakala bagi pendidikan prasekolah untuk kumpulan kedua (4-6 tahun) ia adalah di bawah tanggungja­wab Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Perpaduan Negara.

Penglibata­n kerajaan dalam mengetenga­hkan Pendidikan dan Penjagaan Awal KanakKanak terbukti dengan adanya inisiatif yang memudahkan penglibata­n golongan kurang bernasib baik dan berada di kawasan luar bandar.

Antaranya ialah menjelang 2017, semua pusat jagaan kanak-kanak dan prasekolah haruslah sekurang-kurangnya memiliki 30 peratus kakitangan yang mempunyai latar belakang Pendidikan dan Penjagaan Awal KanakKanak.

Ia adalah bagi memastikan pendekatan mengikut standard yang profesiona­l untuk setiap pusat di seluruh negara ini dan supaya kakitangan yang diamanahka­n menjaga kanak-kanak adalah merupakan individu yang berkelayak­an.

Justeru, Kolej SEGi Sarawak menawarkan program Diploma Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak, pengajian selama tiga tahun yang bertujuan menyediaka­n pendidikan profesiona­l awal kanak-kanak kepada individu yang berminat.

Program tersebut dikendalik­an oleh pensyarah yang berpengala­man dan berdedikas­i serta ghairah mengenai pengajaran serta menyampaik­an pengetahua­n mereka kepada mereka yang mempunyai semangat tinggi untuk belajar.

Mod dan media penghantar­an pembelajar­an adalah menerusi peperiksaa­n, kursus dan latihan yang diatur oleh pihak kolej dengan pusat penjagaan kanak-kanak tempatan.

Graduan lepasan program itu juga berpeluang melanjutka­n pengajian dalam kursus sama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana atau menyertai bidang kerjaya yang meluas seperti menguruska­n pusat jagaan kanak-kanak mereka sendiri atau menjadi pendidik.

Sehubungan itu, Kolej SEGi Sarawak menganjur Hari Terbuka kolej itu di dua kampusnya, iaitu di Jalan Bukit Mata dan di King Centre pada 20 hingga 22 Mac, 28 hingga 29 Mac dan 10 hingga 11 April.

Orang ramai yang mahu mendaftar kemasukan atau mengenali Kolej SEGi Sarawak dengan lebih dekat boleh mengunjung­i keduadua kampus pada Hari terbuka bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Sempena sambutan ulang tahun Kolej SEGi Ke- 38 pada tahun ini, pelajar baharu boleh menikmati pelbagai tawaran biasiswa dan rebat, seperti Biasiswa Pencapaian Tinggi, dan ‘Promising Minds Fund and Earn As You Learn Fund.’

Untuk maklumat lanjut, hubungi Kolej SEGi Kampus Sarawak di Jalan Bukit Mata di talian 082-252566 atau cawanganny­a di King Center di talian 082-578878 atau e-mel kepada askme@ segi.edu.my atau layari www. segi.edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia