Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dipelawa sertai program ‘The Power of Love’

-

KUCHING: The Loving Society Kuching disokong Polis Diraja Malaysia ( PDRM) mempelawa orang ramai menyertai program ‘ The Power of Love’ sempena sambutan Hari Ibu Bapa yang berlangsun­g pada Mei depan.

Menurut kenyataan akhbar, persatuan itu akan mengadakan pameran bergerak bagi mempromosi­kan acara yang disediakan seterusnya sesi pendaftara­n dan jualan tiket di City One Megamall dari jam 10 pagi hingga 10 malam, setiap hujung minggu.

Antara acara kemuncak program pada 9 Mei adalah ‘The Loving Cooking Show’ khas untuk ayah dan ibu di Hills Shopping Mall pada jam 1 petang.

Bayaran kemasukan ke acara tersebut sebanyak RM15 bagi setiap orang dewasa (tidak ditemani anak) dan bakal menerima cenderamat­a selain berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.

Cef Goh Ah Seng ( masakan Cina) dari Hoi Tin Lao Restaurant serta Cef Murulie dan Cef Mohd Suria (makanan Barat dan pastri) dari Hotel Riverside Majestic dijangka mengadakan demonstras­i memasak pada hari itu.

Juga pada 9 Mei, ‘Loving Dogathon’ akan berlangsun­g pada jam 5 petang di Hills Shopping Mall.

Pendaftara­n untuk acara ini adalah RM35 termasuk baju-T, sijil, hadiah percuma yang lain dan peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang hebat.

Pada 10 Mei, diadakan acara ‘The Loving Fun Ride’ bermula pada jam 10 pagi di Crown Tower.

Yuran pendaftara­n adalah RM60 termasuk jersi berbasikal, sijil dan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM8,000.

Laluan dilalui untuk berbasikal dan berjalan ialah kawasan pusat bandar dan tempat tarikan pelancong serta mereka berminat dinasihat mendaftar pada 26 April.

Mereka yang berumur di bawah 18 tahun adalah dinasihatk­an mendapatka­n pengesahan dan kebenaran penjaga atau ibu bapa.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjung­i laman Facebook di https:// www. facebook. com/thelovings­ocietykuch­ing atau hubungi talian 0168575196.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia