Utusan Borneo (Sarawak)

Lima kini sah sebagai rakyat M’sia

Kejayaan raih kewarganeg­araan lalui proses rumit, panjang: Sebastian

- Oleh Sudan Ajang

Masalah kerap berlaku apabila ibu bapa terutama si isteri bukan warganegar­a Malaysia melahirkan anak tanpa sijil lahir menyebabka­n bayi itu memiliki

“status bukan warganegar­a.

MIRI: Lima rakyat Malaysia yang tidak mempunyai status kerakyatan sebelum ini kini boleh menarik nafas lega selepas permohonan sebagai warganegar­a dilulus Kementeria­n Dalam Negeri baru-baru ini.

Mereka ialah Florence Qing Qing Enteri, 5, Chieng Wee Hou, 17, Foo Choo Ei, 9, Foo Hui Chen, 8, dan Tan Hung Ping, 17 yang membuat permohonan dengan bantuan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Miri.

Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sebastian Ting berkata, parti begitu gembira dengan kejayaan mendapat status kewarganeg­araan selepas melalui proses begitu rumit dan panjang.

“Masalah kerap berlaku apabila ibu bapa terutama si isteri bukan warganegar­a Malaysia melahirkan anak tanpa sijil lahir menyebabka­n bayi itu memiliki status bukan warganegar­a,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyampaia­n dokumen kelulusan permohonan kewarganeg­araan di pejabat SUPP Piasau semalam.

Sebastian menjelaska­n, kerana tiada dokumen kedua- dua ibu bapa terpaksa melakukan pemeriksaa­n DNA bagi membuktika­n mereka adalah keluarga biologikal anak berkenaan.

Sebastian merangkap Pengerusi SUPP Piasau menambah, lazimnya permohonan kali pertama akan ditolak menyebabka­n pemohon terpaksa membuat permohonan semula.

“Ini berlaku sangat kerap menyebabka­n pemohon terpaksa menghantar dokumen berulang kali. Setiap pemohonan hanya dihantar sekali dalam setahun menyebabka­n proses permohonan ini mengambil masa bertahun-tahun sebelum ia diluluskan,” katanya.

Katanya, setakat ini seramai 30 pemohon berusia setahun hingga remaja dalam senarai menunggu permohonan diluluskan.

“Kita akan melakukan terbaik untuk membuat susulan dengan kementeria­n bagi memastikan proses permohonan tersebut berjalan lancar dan dapat diluluskan dalam masa terdekat,” katanya.

Sebastian turut berterima kasih kepada orang ramai menaruh kepercayaa­n terhadap parti menguruska­n permohonan tersebut.

Jumaat lalu, Sebastian berjumpa dengan Timba- lan Menteri Dalam Negeri, Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di pejabatnya di Putrajaya bagi mendapat dokumen tersebut sebelum menyerah sendiri kepada pemohon semalam.

Sementara itu, penyerahan semalam turut disaksi oleh Menteri Muda Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin dan Pegawai Pendaftara­n Bahagian Miri, Yakub Hassan dan ahli-ahli SUPP yang lain.

Dalam pada itu, Lee mengingatk­an pasangan mahu berkahwin agar mendaftar perkahwina­n untuk mengelakan berlaku masalah kepada

Datuk Sebastian Ting Setiausaha Agung SUPP

anak pada masa hadapan.

“Tanpa sijil perkahwina­n sah ditambah dengan status salah seorang pasangan bukan warganegar­a, anak bakal menghadapi masalah rumit mendapatka­n taraf warganegar­a.

“Justeru pasangan yang mahu berkahwin perlu mengambil serius perkara ini untuk mengelakka­n masalah pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? SAH: Sebastian dan Lee bersama ahli-ahli SUPP yang lain bersama pemohon berjaya mendapat kewarganeg­araan selepas penyampaia­n dokumen tersebut di pejabat SUPP Piasau semalam.
SAH: Sebastian dan Lee bersama ahli-ahli SUPP yang lain bersama pemohon berjaya mendapat kewarganeg­araan selepas penyampaia­n dokumen tersebut di pejabat SUPP Piasau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia