Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran rumah panjang Long Anap terima bantuan kilat

-

MIRI: Mangsa kebakaran rumah panjang di Long Anap, Baram menerima bantuan kilat berupa wang tunai RM10,000 daripada Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau.

Anyi yang meluangkan masa melawat keadaan mangsa semalam turut mengumumka­n bantuan tambahan di bawah Projek Kecil Luar Bandar berbentuk bahan binaan rumah bernilai RM100,000.

“Bantuan RM10,000 bertujuan meringan beban mangsa membeli keperluan harian manakala geran RM100,000 akan dibahagi antara 19 pintu keluarga kehilangan rumah selepas terbakar,” katanya.

Anyi menambah, sebaik sahaja geran itu diluluskan, mangsa menerima bantuan seperti zink, spandex dan paku.

Hadir sama pada penyampaia­n bantuan itu ialah ketua rumah panjang Anthony Belarek Sagan.

Menurut Antohony, dalam kejadian pada Rabu lalu, rumah panjang di Blok C musnah dijilat api manakala Blok A dan Blok B terselamat.

“Semasa kejadian, hanya dua penghuni di rumah mana- kala yang lain menuai padi. Mujur blok A dan B terselamat, sekurang-kurangnya ada tempat mangsa menumpang sementara waktu,” katanya.

Setakat ini, mangsa menumpang di rumah saudaramar­a dan tinggal di pondok berhampira­n sawah padi masing- masing sementara menunggu bantuan daripada kerajaan.

Turut menghulurk­an bantuan ialah Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PKKS) melalui Timbalan Presiden Kennedy Chuk Pai dan Ketua Biro Wanita PKKS Annia Selalang Lawai yang hadir di Long Anap untuk menyampaik­an bantuan.

Antara bantuan berbentuk peralatan memasak, selimut, pakaian, makanan, minyak masak, beras dan keperluan harian lain selain wang tunai RM2,000.

 ??  ?? BANTUAN: Anyi (lima kanan) menyampaik­an bantuan RM10,000 kepada Anthony yang mewakili mangsa kebakaran rumah panjang Long Anap.
BANTUAN: Anyi (lima kanan) menyampaik­an bantuan RM10,000 kepada Anthony yang mewakili mangsa kebakaran rumah panjang Long Anap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia