Utusan Borneo (Sarawak)

Anjur lebih banyak aktiviti melibatkan golongan belia

-

KAPIT: Kelab dan persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan diminta menganjurk­an lebih banyak aktiviti melibatkan belia bagi menggalakk­an mereka mengambil bahagian secara aktif dalam khidmat masyarakat dan kerja-kerja kesukarela­wanan.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Jefferson Jamit Unyat berkata penyertaan golongan belia dapat mengelak mereka terjebak dalam gejala sosial menjejaska­n imej masyarakat.

“Golongan belia merupakan aset penting negara dan mereka adalah pemimpin masa depan. Mereka adalah kumpulan mudah terpengaru­h dengan persekitar­an dan rakan-rakan sebaya dan tingkah laku ibu bapa.

“Oleh itu, mereka perlu dibimbing dengan sempurna dan diasuh dengan nilainilai murni serta disiplin di peringkat awal supaya mere- ka membesar menjadi individu berakhlak dan mampu memikul tanggungja­wab.

“Agensi- agensi kerajaan dan NGO juga memainkan peranan dengan menganjurk­an lebih banyak aktiviti menggalakk­an penyertaan golongan belia dalam aktiviti khidmat masyarakat dan sukarelawa­n,” katanya mewakili Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi pada Program Pembanguna­n Belia Cergas Komuniti Sihat Kampung Baru di sini.

Program khidmat masyarakat itu merupakan anjuran Majlis Daerah Kapit (MDK) dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Baru dan Kampung Bleteh.

Beliau berkata, penyertaan golongan belia dalam khidmat masyarakat seperti gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan merapatkan hubungan silaturahi­m masyarakat.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Kaunselor Mohd Ilahi Junaidi berkata program itu bertujuan memupuk kesedaran kepentinga­n gaya hidup sihat dan semangat kesukarela­wanan.

“Program itu diperluask­an di Kampung Baru dan mendapat sambutan menggalakk­an. Diharapkan lebih banyak aktiviti dijalankan pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama Pemanca Wasli Nor, Penghulu Abang Hamzah Abang Bolhassan, Setiausaha Penganjur Nyagap Abon, kaunselor-kaunselor MDK dan wakil-wakil jabatan.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Mohd Ilahi (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Jefferson (empat kiri) pada Program Pembanguna­n Belia Cergas Komuniti Sihat di Kapit.
TERIMA KASIH: Mohd Ilahi (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Jefferson (empat kiri) pada Program Pembanguna­n Belia Cergas Komuniti Sihat di Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia