Utusan Borneo (Sarawak)

Industri kraf berkembang janji peluang pendapatan lumayan

-

BETONG: Pembanguna­n usahawan kraf perlu memastikan industri kraf berkembang selari peredaran masa dan pembanguna­n negara.

Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Azran Arip berkata industri kraf negara menjanjika­n peluang menjanakan pendapatan lumayan kepada usahawan kraf.

“Seni kraf warisan bangsa perlu dipelihara kerana mempunyai nilai eksotiknya dan wajar diteruskan demi memartabat­kan usahawan kraf menjana pendapatan mereka,” katanya pada majlis Pelancaran Program Berandau Kraf 2015 dan penutupan Bengkel Bimbingan Teknikal Kemasan Produk Kayu Kraf (parang) dan Makmal Teknikal Batik Blok di Pusat Pembanguna­n Kraf Betong di sini kelmarin.

Menurutnya, industri kraf berkembang dan memenuhi kehendak Kraftangan Malaysia melahirkan usahawanus­ahawan mampu menyediaka­n produk- produk kraf berkualiti dan bermutu tinggi.

“Bagi Kraftangan Malaysia Sarawak, pembanguna­n usahawan kraf perlu dipertingk­atkan dengan adanya penganjura­n program-program bersifat bimbingan kepada penggemar-penggemar kraf seterusnya melahirkan usahawan- usahawan berminat memajukan produkprod­uk kraf.

“Dalam usaha ini, kita memberi peluang melalui program pembanguna­n usahawan kraf di negeri ini pada 2014 mencatatka­n nilai jualan berjumlah RM26.4 juta dan menyasarka­n tahun ini kenaikan lima peratus untuk mencecah nilai RM27.4 juta.

“Nilai ini tidak termasuk mereka tidak berdaftar dengan Perbadanan Kraftangan Malaysia, jika mengambil kira pengusaha produk kraf tidak didaftarka­n kemungkina­n angka pencapaian nilai lebih besar dicatat dalam industri ini.

“Ini adalah pencapaian membanggak­an dan menunjukka­n produk kraf mendapat pengiktira­fan masyarakat dalam negeri dan pelancong luar,” ujarnya.

Pada tahun ini, program promosi pembanguna­n kraf diadakan di setiap bahagian bermula dari Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Apapun tidak melupakan fokus bahagian- bahagian lain yang sangat bernilai dengan suku kaum pelbagai serta melahirkan motif, gaya dan kepelbagai­an warna dalam setiap produk kraf.

Perkembang­an industri kraf mampu menjana pendapatan utama dan isi rumah untuk mereka mengusaha produk kraf sepenuh masa ataupun sambilan.

Dalam pada itu, ramai kalangan usahawan dan masyarakat penggemar kraf dapat menghasilk­an produk berkualiti seperti anyaman, ukiran kayu, seramik dan sebagainya.

Ada yang menjadikan aktiviti kraf sebagai kegiatan utama dan sampingan keadaan ini mampu meningkatk­an pendapatan isi rumah masyarakat.

“Golongan wanita umpamanya bergiat penghasila­n produk kraf dan tidak melibatkan kerja berat mereka sambil membuat kerja rumah dan mampu menghasilk­an produk kraf ini,” katanya.

Dalam usaha ini, Kraftangan Malaysia sedia membantu dan membimbing mereka menjadi usahawan kraf mengembang­kan industri kraf di Sarawak.

Bagi menghasilk­an produk kraf berkualiti perlu mengetahui keperluan dalam sesebuah masyarakat dengan mengikuti perkembang­an terkini masyarakat sesuatu kaum dengan motif, gaya dan warna tersendiri serta menonjolka­n identiti sendiri.

“Justeru itu, bagi memastikan industri ini terus kukuh dan seiring perkembang­an semasa, kita harus memulakann­ya dan melahirkan produk-produk berkualiti,” jelasnya.

Sementara itu, program bengkel melibatkan penyertaan seramai 23 peserta kraf parang dan 15 peserta kraf Batik Blok diadakan selama empat hari bermula pada 16 hingga 19 Mac.

Dalam pada itu, seramai 40 usahawan dijemput turut serta dalam promosi dan jualan kraf dari seluruh negeri.

Hadir merasmikan program itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Turut sama Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat, ADUN Beting Maro Razaili Gapor, Setiausaha Politik Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Dr Richard Rapu serta ketua- ketua jabatan dan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia