Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS minta kerajaan percepat kaji kenaikan gaji penjawat awam

-

TEMERLOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan segera mengkaji semula 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangk­an bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini.

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata, isu kenaikan elaun dan gaji kakitangan awam telah tertangguh sejak 15 tahun lepas walaupun kenaikan sepatutnya berlaku lima tahun sekali.

“CUEPACS meminta agar gaji serta elaun sedia ada dinaikkan sehingga 35 peratus dan berdasarka­n perbincang­an awal sebelum ini kerajaan bersetuju mengkaji skim gaji kakitangan awam dalam tempoh lima tahun sekali.

“Langkah itu bertujuan untuk mengelakka­n kakitangan berpendapa­tanrendahb­erada di bawah paras kemiskinan,” katanya selepas majlis penyampaia­n bantuan kepada 430 mangsa banjir di sini semalam.

Turut hadir Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad ( ANGKASA), Datuk Abdul Fatah Abdullah.

Azih berkata bebanan kerja ditanggung kakitangan awam juga semakin meningkat setiap hari dan penangguha­n kajian skim gaji akan mendatangk­an kesan negatif terhadap kualiti dan produktivi­ti kerja mereka.

Katanya antara elaun yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan termasuk Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberikan serendah RM180 kerana kadar itu tidak munasabah bagi mereka yang bekerja di bandar.

Beliau berharap kerajaan dapat menyelesai­kan isu itu dengan kadar segera bagi membantu meningkatk­an taraf hidup kakitangan sektor awam terutama yang berpendapa­tan rendah.

Sementara itu, Abdul Fatah berkata bagi membantu kakitangan awam memiliki rumah di kawasan bandar, ANGKASA dan CUEPACS akan bekerjasam­a membina 600 unit rumah pelbagai jenis dilengkapi perabot dan kemudahan insurans di Putrajaya.

Beliau berkata, satu mesyuarat khas dengan pemaju akan diadakan April ini bagi membincang­kan pelaksanaa­n projek yang dijangka memberi manfaat kepada semua lapisan penjawat awam.

“Rumah yang akan dibina itu akan dijual kepada penjawat awam dengan harga yang berpatutan bagi membolehka­n golongan berkenaan memiliki rumah sendiri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia