Utusan Borneo (Sarawak)

Balu sarjan tidak endah dua notis kosongkan kuarters

-

KUALALUMPU­R: Tindakan mengosongk­an unit didiami balu seorang sarjan polis terpaksa diambil setelah balu itu tidak mengendahk­an dua notis pemberitah­uan dikeluarka­n pada 23 Jun 2014 dan 23 Feb 2015, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Beliau berkata atas dasar kebajikan dan belas ihsan, balu sarjan polis itu dan tiga anaknya telah dibenarkan mendiami kuarters selama kira-kira setahun tiga bulan sedangkan mengikut peraturan perlu mengosongk­an kuarters dalam masa sebulan.

Beliaumenj­elaskanmen­gikut peraturan, sekiranya seseorang pegawai atau anggota polis meninggal dunia, balu atau keluargany­a yang mendiami perumahan polis, perlu mengosongk­an perumahan itu dalam masa satu bulan.

“Atas dasar kebajikan dan belas ihsan, Pegawai Pemerintah boleh menggunaka­n kuasa dan budi bicara untuk membenarka­n balu mendiami perumahan kerajaan sehingga tempoh tiga bulan dari tarikh kematian suami.

“Dalam kes ini, Allahyarha­m yang tugas akhirnya di Cawangan Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 24 Dis 2013 dan sejak tarikh tersebut, balu Allahyarha­m dan tiga anaknya terus mendiami rumah berkenaan sehingga Selasa lepas iaitu selama lebih kurang setahun tiga bulan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Abdul Samah berkata demikian susulan tersebarny­a gambar-gambar dan maklumat tidak tepat dalam media sosial Facebook kononnya polis bertindak kejam apabila memecah masuk dan membuang barangan balu polis berkenaan di Perumahan Polis Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya.

Katanya, pada Selasa lepas polis memasuki rumah berkenaan dan memindah keluar barang-barang milik balu Allahyarha­m dan ketika itu balu tersebut berada di Ipoh.

“Barang-barang dan peralatan masih berkeadaan baik seperti perabot, sofa, pend- ingin hawa, peralatan dapur, barangan elektrik dan sedikit pakaian telah diasingkan di mana polis telah menyediaka­n sebuah lori bagi tujuan pemindahan ke mana-mana lokasi,” katanya.

Beliau menjelaska­n, selepas kematian Allahyarha­m, kebajikan balu dan anak-anaknya telah diberi perhatian sewajarnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah telah menerima pelbagai bantuan dan imbuhan dari PDRM termasuk tabung- tabung yang diperuntuk­kan kepada seseorang anggota polis.

“Antara bantuan dan imbuhan yang diterima ialah pembayaran Gratuiti, Insurans Koperasi Polis, Insurans Kerajaan RM18,000 dan Tabung Khairat Kematian Kontinjen Selangor RM12,000 dengan jumlah keseluruha­n bantuan dan imbuhan yang diterima balu Allahyarha­m adalah sebanyak RM147,000 tidak termasuk derma dan sumbangan peribadi daripada kalangan pegawai dan anggota — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia