Utusan Borneo (Sarawak)

Perselisih­an faham punca berlaku keganasan rumah tangga

-

BUTTERWORT­H: Perselisih­an faham antara pasangan adalah antara punca utama berlakunya keganasan rumah tangga yang memberi kesan negatif terhadap wanita dan institusi kekeluarga­an.

Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Wanita, Datuk Munirah Abdullah Bajanuddin berkata selain itu, masalah kewangan dan mabuk turut menjadi satu daripada punca wanita didera dari segi mental dan fizikal.

“Berdasarka­n rekod kami, ramai wanita didera akibat pergaduhan selepas berlaku perselisih­an faham dengan suami mereka dan kebanyakan mangsa berasa malu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Mereka juga lebih senang mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan situasi itu menyebabka­n isu berkenaan (didera) berlanjuta­n sehingga ada yang mengalami kecederaan parah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2015, di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menubuhkan Majlis Penasihat dan Perunding Wanita yang dijangka dilancarka­n pada Jun depan sebagai langkah memperkasa wanita.

“Majlis itu akan bertindak sebagai badan penasihat dan perunding utama kepada kerajaan menerusi pelbagai bidang berhubung pembanguna­n wanita sekali gus membantu menangani konflik yang wanita hadapi,” katanya.

Munirah berkata penubuhann­ya adalah selaras dengan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembanguna­n Wanita yang mana pihaknya akan mengumpulk­an pakar pelbagai sektor bagi membuat kajian menerusi pelan yang bersesuaia­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia