Utusan Borneo (Sarawak)

Wee Sui Hua menang baucar beli-belah RM3,888 daripada Servay

-

KUCHING: Pasar Raya Besar Servay di EG Mall King Centre menyerahka­n hadiah utama berupa baucar beli-belah bernilai RM3,888 kepada Wee Sui Hua bagi Cabutan Bertuah Tahun Baharu Cina yang berakhir semalam.

Jurucakapn­ya, Chan Jia Ming memberitah­u kelayakan dibuka kepada semua lapisan umur yang telah membuat belian bernilai RM100 (bagi keahlian Servay) dan RM120 (bukan ahli) di dalam satu resit.

Hadiah pertama berupa baucar tunai bernilai RM2,888 dimenangi Jeffery Kelimbang, tempat kedua baucar tunai Servay bernilai RM1,888 dimenangi Lam Wei Chiet.

Hadiah tempat ketiga dimenangi oleh Poh Hui Ling dengan baucar Servay bernilai RM888 dan 16 pemenang hadiah sagu hati mendapat baucar tunai RM188 masingmasi­ng daripada Pengurus Operasi Servay di EG Mall, Tan Hong Chuan.

Pihaknya juga mengadakan Pameran Pertanding­an Bayi dengan menganjurk­an Pertanding­an Bayi Paling Fotogenik bermula 13 Mac sehingga 26 April ini.

Kata Chan, mereka yang membeli barangan produk bayi bernilai RM30 di dalam satu resit dan mempunyai bayi berumur 3 bulan sehingga 2 tahun layak menyertai.

Pelbagai promosi pada minggu terakhir Mac diadakan di sini dan keahlian akan mendapat lebih banyak manfaat daripadany­a.

Keahlian Servay akan mendapat percuma ‘ Eco Bin’ dengan minimum perbelanja­an RM80 ke atas di Stor Serbaguna di dalam satu resit pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Mac ini secara percuma.

Pihak EG Mall juga akan mengadakan Kempen Derma Darah setiap bulan, selain menyediaka­n tempat parkir di bahagian bawah bangunan percuma untuk dua jam pertama.

Premis Singapore Chicken Rice (SCR) juga telah mula beroperasi seminggu yang lalu untuk kemudahan para pelanggan yang tinggal di kawasan sekitar.

Sebarang aktiviti dan maklumat lanjut boleh dilayari di laman rasmi www.servay. com.my atau menelefon terus ke talian 016-8899683.

 ??  ?? TAHNIAH: Wee (kiri) menerima hadiah berupa baucar Servay daripada Tan pada majlis penyerahan hadiah yang diadakan di EG Mall semalam.
TAHNIAH: Wee (kiri) menerima hadiah berupa baucar Servay daripada Tan pada majlis penyerahan hadiah yang diadakan di EG Mall semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia