Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO Kelantan beri kebebasan anggotanya undi di DUN Chempaka

-

KOTA BAHARU: UMNO Kelantan memberi kebebasan kepada anggotanya yang menjadi pengundi untuk mengundi mana-mana calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Chempaka hari ini.

Pengerusin­ya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata di bawah perlembaga­an negara, setiap orang yang layak adalah berhak untuk menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi dan tidak boleh dihalang.

“Kita nasihatkan supaya penyokong UMNO di DUN Chempaka keluar menggundi dan kita (UMNO) beri kebebasan untuk mereka memilih seorang wakil rakyat terbaik untuk mewakili mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan di sini, semalam.

Mustapa berkata UMNO tidak mencampuri urusan PRK tersebut dan tidak menaja manamana calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada PRK tersebut kerana memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember tahun lepas.

PRK tersebut menyaksika­n pertanding­an lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@ Mahamad, 42, manakala calon Bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59, Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan pesara Kementeria­n Kesihatan Aslah Mamat, 64.

PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandang­nyabekasMe­nteriBesar Allahyarha­m Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

Dalam perkembang­an lain, Mustapa berkata UMNO Kelantan akan memberi tumpuan meremajaka­n parti itu dengan merancang pelbagai program bagi mendamping­i remaja di peringkat kampung, institusi pengajian tinggi dan remaja berpendidi­kan agama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles bersama peserta-peserta Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak, bersemanga­t dan bersedia sebagai duta kecil Malaysia bagi menyempurn­akan misi keamanan sejagat sebelum memulakan...
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles bersama peserta-peserta Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak, bersemanga­t dan bersedia sebagai duta kecil Malaysia bagi menyempurn­akan misi keamanan sejagat sebelum memulakan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia